Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*alhamdulillah dan Selamat Pengantin Baru*

Alhamdulillah..selesai sudah majlis aqiqah dan cukur jambul permata hati kesayangan kami :) Terima kasih buat semua sepupu-sepupu yang menjayakannya! ♥♥



Hasif sebelum majlis. Belum mandi lagi ma dah ajak bergambar. Sebelum orang datang kita bergambar dulu ^_^ Itu pelamin nikah sepupu sy dan pasangannya.



Ungku Yusra Insyirah :) Geram nak gomol!!



Babah, Hasif dan tok :)



Sepupu sy juga sediakan ole2 untuk tetamu.



Dan, ini sepupu sy Joen bersama pasangannya Farouq. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa dan berkekalan hendaknya. Semoga Farouq menjadi seorang suami yang mithali buat sepupu sy Joen :) SELAMAT PENGANTIN BARU uolls! ♥♥



1 comments:

nurul aziyana said...

ckur jmbul pun ade banner..hebat la..nnt besar blh tunjuk kt anak..hihi