Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*insyaAllah*

Azam baru?


Hmm..sebenarnya ada beberapa azam yang sy tanam sejak dari sy mula bekerja pada tahun 2008, tetapi sampai sekarang tak bercambah..jangan kata cambah, tunas pun tak. Antaranya, mahu membeli kereta atas nama sendiri. Mahu sambung pengajian ke peringkat sarjana dan mahu punya simpanan kewangan yang kukuh. Namun, semua tu terpaksa di'kiv' dulu sebab lagi satu azam ketika itu adalah mahu berkahwin. Azam untuk berkahwin dan punya cahaya mata alhamdulillah telah tercapai dengan berkat usaha, doa dan tawakkal. Berkahwin pada penghujung tahun 2009 dan punya cahaya mata pada September 2010.


Untuk tahun 2011, sy punya azam yang lain. Untuk azam yang belum kesampaian itu insyaAllah akan cuba dilaksanakan suatu masa nanti. Tahun ini sy berazam mahu~



Memenuhi tuntutan dan kewajipan sebagai hamba Allah dengan bersungguh-sungguh
Bercuti bersama keluarga
Menabung untuk masa depan kami sekeluarga
Melengkapkan keperluan Hasif Fahimi
Menjalankan tugas sebagai guru dengan penuh dedikasi di sekolah baru (persekitaran yang membina menyemai semangat baru)




0 comments: