Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*momma's boy*

Rutin harian setelah mula bekerja bermula jam 6.15 pagi. Syukur sebab sy dapat mengajar sesi petang. So, tak lah terkejar2 sangat dan tak perlu lah nak bangun awal ;-) Cuma bila bertugas sesi petang ni, penat tu lain sikit berbanding mengajar sesi pagi. Beban kerja pun agak banyak dan sangat berbeza berbanding sekolah sebelum ni dengan sekolah sekarang. Sy hantar Hasif ke rumah mak (mertua) jam 12.15 dan tiba di sekolah lebih kurang jam 12.45. Hari Isnin dan Selasa waktu persekolahan tamat jam 6.30, dan sy sampai di rumah mak untuk ambil Hasif jam 6.50. Hari Rabu, Khamis dan Jumaat sekolah habis jam 6.00. jadi, sampai rumah mak pun awal sikit la :) Tapi, bila sampai rumah sendiri, serius badan sangat penat. Rasa nak terus baring je sebab dah penat turun naik tangga kelas 4 tingkat dan dah penat terjerit2 mengajar :~) Tapi tak boleh buat macam tu sebab masih ada tanggungjawab untuk Hasif melainkan Hasif penat dan dia pun tidur awal. Dan walaupun mengajar sesi petang, sy tidak punya masa untuk sambung tidur di waktu pagi sebab hanya waktu tu je lah yang dapat sy gunakan untuk menggosok, mengemas, membasuh, menjemur, melipat, menulis buku rekod, memandikan Hasif, melayan Hasif dan memasak (kalau sempat). Masa pun terasa cepat je berlalu. Nak mengadap laptop untuk update blog pun dah tak sempat. Nak publish satu entry ni pun makan masa 3-4 hari..


Dan betul lah orang kata, bila dah jadi ibu ni rasa sayu je nak tinggalkan anak untuk pergi kerja walaupun sy tau Hasif tinggal dengan nenek dia dan sy tak perlu risau. Sy cuma sayu dan rindu je bila tengok Hasif pandang je sy bila sy tinggalkan dia. Saat2 yang paling sy rindu ketika sy mandikan Hasif dan bila sy renung Hasif ketika dia tidur. Hmm..macamana perasaan ibu2 yang tinggalkan anak mereka dengan pengasuh..mesti berat hati kan..kalau boleh bawa anak ke tempat kerja mesti tempat kerja tu meriah jadinya..hehe ;-)


Hasif pun dah berumur 4 bulan lebih. Hasif dah pandai protes dan cari jalan untuk dapatkan perhatian. Kadang2 bila sy nak ambil Hasif kat rumah nenek dia, Hasif akan meragam. Sy tau Hasif meragam sebab dia merajuk kena tinggal. Bukan sebab dia tak suka tinggal dengan nenek dia tapi sy rasa sebab dia perasan ma dan babah tiada sekali dengan dia. Bila balik ke rumah kami Hasif akan kembali ok. Cuma, bila waktu makan malam, Hasif akan cuba sedaya upaya untuk tarik perhatian kami. Hasif akan buat2 merengek dan bila kami tak pedulikan dia, Hasif akan buat2 batuk supaya ma atau babah dia risau dan kami akan beri perhatian pada dia :-) Oh Hasif..be a good boy ya! ma saaaaaaaaaaaaaayang Hasif!! Semoga Hasif menjadi anak yang soleh, menjadi anak kebanggaan dan kesenangan ma dan babah, menjadi anak yang bijak pandai, mudah memahami, disenangi, dan menghormati mereka yang lain seadanya :)

1 comments:

nurul aziyana said...

comel hasif bc buku yer..hehehe..
erm betul2 mmg sayu bila nk hntr kt org jg..sy pg2 angkt bila die tido..huhu celik jer tgk org lain plak..nk melangkah g keje tu berat hati jer tp nk buat mcm maner..