Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*pendidikan awal bermula di rumah*

Hari Sabtu lepas ada LDP Siri 1 di sekolah. Mula dapat tau WAJIB attend, perasaan itu adalah sangat ..erghhhh.. baru ingat nak luangkan masa dengan Hasif, tup tup ma kena hadiri kursus.


Ok takpe.


Dan bila dah hadiri kursus itu, perasaan jadi sangat..


..bermotivasi :))


Bukan setakat input yang sangat bagus, malah penyampaian nya juga sangat berkesan. Langsung tak boring i told u..hihi~ Adalah beberapa input yang sy boleh kaitkan dengan cara mendidik anak walaupun kursus itu lebih kepada keprofesionalan dan personaliti guru, namun sy rasa intipati nya sesuai untuk semua. Apa yang penting, cara kita mendidik anak murid biarlah seperti kita mendidik anak kita sendiri. Walau marah sekali mana pun, jangan sesekali menghamburkan kata2 yang tidak elok. Kita pun tak suka kan bila ada orang marah anak kita dengan kata2 yang bersifat negatif. Marah dengan cara mendidik bukan mengherdik. Buruk cara layanan kita pada anak orang, layanan buruk jugalah yang anak kita akan dapat dari orang lain. Namun, kita juga tidak boleh terlalu memanjakan hingga mereka buat salah pun kita boleh pejam mata. Apa yang sy boleh praktikkan adalah :


7 tahun pertama untuk mendidik adalah dengan kasih sayang dan sentuhan.
7 tahun kedua adalah dengan menggunakan kaedah reward & punishment.
7 tahun ketiga adalah mendidik dengan rasionaliti.


Dan jangan terlalu berharap anak kita akan berjaya seperti yang kita inginkan. Setiap anak pasti akan membuat kesilapan dalam hidup, dan biarkan dia belajar daripada kesilapan. Kita sebagai ibu bapa atau guru hanya berusaha untuk membimbing, berdoa untuk nya (mereka) dan akhirnya kita bertawakal.


Sy sendiri mengakui sy mendengar dan belajar menyebut kata2 yang tidak elok adalah melalui persekitaran, bukan melalui emak atau abah. Emak dan abah sama sekali tidak pernah mengeluarkan kata2 yang tidak elok di hadapan kami tiga beradik. Sebab itu, sy boleh berbangga dengan kedua2 abang sy sebab mereka tidak pernah menyakitkan sy baik dari segi emosi (hati) dan fizikal atas didikan yang telah emak dan abah berikan. Abang2 sy sangat menghormati sy sebagai adik, cuma sy je yang selalu mengambil kesempatan pada mereka :-) Selain itu, jika berlaku perselisihan faham antara kita suami isteri, cuba selesaikan di belakang anak2. Bukan bertekak dan bermaki hamun di hadapan anak. Dan jangan sesekali memarahi anak2 ketika di hadapan rezeki. Biarkan kita dan anak kita menjamah rezeki terlebih dahulu sebelum mula menegur atau memarahi mereka (anak).


Apa yang sy inginkan katakan, pendidikan bermula dari rumah. Sy sendiri sebagai guru sudah lali mendengar anak murid sy bercakap kotor dan kurang ajar. Bukan sy mahu menyalahkan ibu bapa mereka, namun terus terang sy katakan mereka (anak murid/anak didik) belajar dari pengamatan dan pendengaran mereka. Ibu bapalah yang mencorak peribadi anak2 mereka. Sebagai contoh, sy selalu menekankan kepada anak murid sy supaya sentiasa kemas. Baik dari segi berpakaian atau penulisan. Namun, sy gagal untuk mencorak mereka sebab mereka sudah terbiasa dengan keadaan kotor dan comot sebegitu. Mungkin disebabkan rumah mereka pun bersepah dan tunggang-langgang. Ibu atau bapa mereka juga tidak memeriksa keadaan anak mereka. Tulisan anak sukar untuk dibaca, buku koyak, kotor, hilang pun ibu bapa tidak ambil tahu. Hingga sy sendiri yang menelefon ibu mereka menyampaikan pesan agar anak mereka membawa buku datang ke sekolah.


Owhh..sy sudah terlebih emosi (terlebih sudah) *wink*


Berbalik kepada kursus yang sy hadiri, sebagai guru atau penjawat awam, motivator itu juga berkata, kita sendiri yang mengetahui tentang diri kita ketika bekerja. Kita sukakan persekitaran kerja yang macam mana?


1 atau 2 atau 3 atau 4?

Apa yang penting kita kena seronok dengan kerja kita :)


Sebagai guru juga, 5 perkara ini PERLU ada :


Attitude
Skill - Social skill, enjoy, artistic
Knowledge
Value
Fit
(paling penting sebab guru tidak pernah duduk)


Selain itu, tugas UTAMA guru adalah - menjaga, mengajar, memahami dan menyalurkan bantuan :)







**Tambahan**
Patutlah kaum wanita lebih banyak membebel, ini kerana wanita dilahirkan dengan kuota 20000-24000 patah perkataan sehari berbanding lelaki hanya 7000-9000 patah perkataan sehari. Wanita perlu habiskan kesemua patah perkataan itu untuk mengelakkan stress atau kemurungan. Buat lelaki di luar sana, bersyukurlah jika isteri anda seorang guru/pensyarah kerana mereka sudah menghabiskan hampir 85% patah perkataan di sekolah/institusi pendidikan :)



Sentiasalah menerapkan nilai-nilai positif untuk anak2 kita kerana mereka adalah pemangkin negara


1 comments:

CN2S said...

Good info, farhana! thanks for sharing..