Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*solid food (I)*

Pertama kali buat bubur untuk Hasif :) Sebelum ni bagi Hasif makan Heinz Organic, Hasif buat muka, tapi yang perasa pir dan pisang Hasif suka. Agaknya sebab manis kot. Yang perasa sayur tu agak tawar. Sekarang sy buatkan bubur nasi + kentang + carrot + ikan bilis. Mak ajar lenyekkan guna penapis supaya ikan bilis tu dapat diasingkan, supaya dapat rasa ikan bilis tu je. Tapi disebabkan di rumah tiada penapis, sy blend je :p Kadang2 sy letak epal supaya ada rasa. Mak suruh letak sayur. Mak dah pesan, ajar Hasif makan sayur supaya kulit Hasif tak bermasalah nanti. Baik mak! :))



Hasif makan bersungguh2. Ummmmm! Sedap tak anak ma? :)

Kesayangan sy :) Hasif Fahimi ♥


10 comments:

syuhaila binti mustafa said...

sedap ny bubur hasif..bila dh start kasi solid food kt hasif? 4month++ ke?

♥ balkidz_hunny ♥ said...

baby Hasif dah besar. Lame tak jenguk sini :)
yummy! mesti Hasif suka.
Selamat membesar Hasif!

Cik Puan ZuGhai | MaMa Amani said...

sonok kan klu tgk anak selera mkn.. amani buat ms ni sy stop dlu bg mkn. die mcm tak minat sgt. dh try mcm2 gk la. takpela mybe lum ready nk mkn :)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[syuhaila] yup! 4month++ sy dah start kasi sebab sy tengok Hasif cam lapar je..mulut dia pun asyik macam kudap makanan je bila tengok orang makan. sy try letak makanan kat mulut dia, dia terus nganga :) tapi sebelum tu sy try bagi baby food Heinz khas untuk 4month baby dulu sebelum buat sendiri makanan Hasif.

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[balkidz] tq aunty :))

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[mama amani] biasanya baby boy lebih kuat makan berbanding baby girl. baby girl dia rileks dulu tak gelojoh nak makan awal2..baby boy ni tak sabar2..pelahap cket :p

ZERO VENDETTA said...

Salam perkenalan,
Jumpa blog awak dlm my fren's blog :) saja singgah sbb tgk ada topic solid food yg mana saya pn baru je introduce to my Bb. Bb awak tersangatlah comel

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[ZERO VENDETTA] salam perkenalan :) lepas ni bole la kita share info sama2 :))

syuhaila binti mustafa said...

try baca link neh.. http://mysuperkids.net/kenapa-bayi-tidak-boleh-diberi-makan-sebelum-6-bulan/

sy pon br baca kat fb td.. sharing is caring... :)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[syuhaila] thanx :) sy pun pernah terbaca ttg artikel2 macam ni, tapi itu la..mak2 kita kata bole, so kita pun try je la..kadang2 risau gak sebenarnya..