Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*kunci ke syurga*

Kisah ni berlaku pada hari Selasa yang lepas (seminggu yang lalu). Berlaku betul2 di hadapan mata sy. Kisah yang bagi sy sangat menyentuh perasaan sy sebagai seorang ibu. Petang itu, selepas pulang dari sekolah, sy dan suami singgah di pasar malam sebelum menjemput Hasif. Sedang sy dan suami memilih juadah untuk makan malam, tiba2 sy terdengar jeritan seorang perempuan. Sy agak terkejut lalu menoleh kiri kanan mencari punca dari mana datangnya jeritan itu. Tiba2 sy ternampak seorang lelaki yang sy rasa bukan warganegara tempatan sedang cuba merampas seorang anak kecil daripada seorang wanita (mungkin ibunya). Anak kecil yang baru berusia dalam lingkungan 6 bulan hingga 1 tahun itu yang tidak mengerti apa2 hanya tergamam dalam dakapan wanita itu. Wanita itu cuba mempertahankan anak kecil itu daripada dirampas lelaki berkenaan. Wanita itu menangis sambil menjerit agar lelaki itu tidak mendekati dirinya dan anak kecil itu. Lelaki itu pula membentak2 dan cuba merampas dan menarik anak kecil itu lagi. Situasi menjadi agak tegang pada ketika itu. Sy rasa sangat terkejut dan tidak semena2 air mata bergenang di kelopak mata kerana tidak sanggup melihat anak kecil yang tidak bersalah itu menjadi mangsa. Namun, sy cuba mengawal perasaan agar tidak terbawa2. Sejurus kemudian, lelaki itu beredar dari tempat kejadian selepas beberapa orang lelaki di pasar malam itu telah masuk campur dan menenangkan suasana. Sayu hati sy melihat wanita itu bersama anak kecil yang masih tergamam dengan kejadian itu.


Ya Allah, mohon Engkau jauhkan anakku Hasif Fahimi dari segala perkara yang tidak baik dan tidak diingini seperti itu, dan mohon Engkau peliharakanlah rumahtangga kami. Amin..


Hasif..ma saaaaaaaaaaaayang Hasif sangat2. Jika ma boleh menghadapi sakit dan kepayahan melahirkan Hasif ke dunia ini, apatah lagi sakit dan kepayahan lain. Ma punya kekuatan itu disebabkan Hasif. Ma minta maaf sebab kadang2 ma tidak boleh tumpukan sepenuh perhatian buat Hasif. Ma dan babah tidak mampu untuk menggaji pembantu rumah menguruskan rumah, maka ma terpaksa buat itu semua. Kadang2 ma terpaksa biarkan Hasif bersendirian sebab ma ada kerja yang perlu disiapkan. Ma sayang Hasif dunia akhirat. Ma sentiasa mendoakan Hasif menjadi anak yang soleh dan baik.




4 comments:

LoVe is CiNta said...

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.~37:100

Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.~37:101

Fiza Z. Abidin said...

insy'allah, moga-moga Hasif diberi perlindunganNya :)

Mrs Nageb said...

syahdu shandan kan..kan.. :)

fizanur said...

err..meriahnya background. anyway, salam ziarah

Tawaran Hebat....Mari beli Fullpack dan anda berpeluang meme...