Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*perkembangan Hasif*

Sy jarang bercerita tentang perkembangan Hasif di blog meski Hasif sudah menjangkau 5 bulan lebih. Perkembangan Hasif setakat ini alhamdulillah baik. Cumanya, Hasif masih aman. Bermaksud, dikala rakan2 sebaya Hasif sudah pandai meniarap, mengangkat2 bontot, mengundur, dan menarik2, Hasif plak masih aman tidak mahu meniarap. Bila sy cuba tiarapkan dia, dia akan jatuhkan kepala kemudian memusingkan kembali badan dia ke keadaan telentang. Begitulah acapkali. Hasif lebih suka berbaring sambil mencapai kakinya sendiri dan bermain2 dengannya. Pernah suatu hari, Hasif cuba memasukkan kaki ke dalam mulutnya. Oh Hasif.. Hasif masih tidak mahu meniarap. Oleh itu, nenek (tok) belanja Hasif ini :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




2 comments:

`BaHa` said...

macam tulah peel baby kan, very different from other babies.

i rasa hasif ni nanti terus2 je pandai merangkak :)

Nadya said...

takpe jangan risau..slowly die akan meniarap gak..macam aydan die pun lambat meniarap gak..sampai skang dah 8 bln takley ngesot or merangkak lg..tp die mcm xngesot je trus nak merangkak dah..sbb badan die berat kot susah sket..huhu ikut pace anak kite..xsemua baby same..