Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*ceritahariRabu*

Setiap hari Rabu sy akan menghantar Hasif ke rumah mak seawal lebih kurang jam 7.30 pagi sebab ada kegiatan ko-kurikulum di sekolah dari jam 8.00-10.00. Kemudian, lepas habis aktiviti ko-kurikulum di sekolah, sy akan pulang ke rumah. Waktu inilah sy akan menguruskan apa2 kerja yang patut sementara Hasif tiada, kemudian bersiap2 pula untuk ke sekolah jam 12.30 tengah hari.

Hendak dijadikan cerita, selepas habis aktiviti di sekolah hari Rabu minggu lepas, sy terus ke bank untuk membuat pembayaran kad kredit. Sy masuk, tengok2 cash deposit machine tak boleh guna. Sy pun terus isi borang kononnya nak bayar. Tup..tup..aku lupa!! ..aku lupa!! Aku lupa bawa kad kredit rupanya.. (pinjam tagline Nazmi RL..huhu :p~) So, macamana nak bayar sebab tak hengat nombor. Sy pun memang tak save nombor tu dalam hp. Sy pun gigih la balik ke rumah ambil kad. Oh..alang2 dah balik rumah tu sy pun angkut sekali semua barang yang telah diasingkan untuk dihantar ke pusat kitar semula. 3-4 kali turun naik tangga angkut barang..penat..huhu.. Kemudian, sampai je di bank, machine tu dah boleh digunakan. Okay senanglah kerja sy :) Selesai urusan di bank, sy ke pusat pengumpulan barang kitar semula. Botol2 plastik softener, botol2 sabun cucian, botol2 minuman semua sy angkut..tin2 yang sy kumpul sampai suami pun cakap, "dah la simpan tu pergi buang je la.." gigih sy angkut..tin2 susu formula Hasif..surat khabar lama, kotak2..pun sy angkut..bukan apa, benda2 macam tu sy sayang nak buang sebab kondisi nya elok. Sibuk itu ini, sedar2 jam dah pukul12.00. Sy pun terus balik rumah, siap2 untuk ke sekolah. Kelam kabut sikit sebab setiap hari Rabu juga sy kena jaga murid RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sebelum mereka masuk ke kelas.

Okay, habis cerita di sekolah..setiap hari Rabu juga lagi, sy dan suami akan singgah ke pasar malam Maluri sebelum jemput Hasif. Sy perasan, mana2 pasar malam yang sy pergi di sekitar sini mesti ada peminta sedekah perempuan bawa anak masing2 duduk mengemis. Sy kesiankan anak itu sebab mereka langsung tak faham apa2. Entah kenyang, entah lapar anak2 tu. Sy serba salah nak hulurkan bantuan sebab suami akan tegur. Mereka ini mungkin didalangi satu sindiket. Mereka mungkin telah dipantau dari jauh. Duit yang kita hulurkan belum tentu ibu dan anak itu yang dapat. Tapi sy memang kesiankan anak2 itu. Sy yakin ramai ibu2 di luar sana faham perasaan sy. Baru2 ini ada seorang perempuan bawa anak dia meminta sedekah. Anak dia sangat comel. Berumur lebih kurang 1-2 tahun. Kesian sangat sy tengok. Sy pun hulur seringgit senyap2 tanpa pengetahuan suami. Tapi suami perasan juga :~) Suami cakap jangan bagi lagi sebab mereka bukan orang kita. Mereka orang luar. Sy kesian sebab di tempat sy di kampung halaman sy, peminta sedekah macam ni tiada melainkan OKU je. Okay lepas ni sy akan cuba biasakan diri dengan situasi macam ni dan sy akan cuba mengelak dari terus memandang.











** Teringatkan pekerja di pusat pengumpulan kitar semula yang semuanya OKU. Mencari rezeki dengan cara yang baik tanpa dipandang hina oleh masyarakat. Malah sy kagum dengan mereka :)



0 comments: