Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*cuti sekolah*

:( celcom oh celcom..

&#^!!

Okay lah, tolak tepi kegeraman terhadap celcom. Alhamdulillah demam Hasif sudah kebah :)) Lega rasanya bila peluk Hasif badannya sudah tidak panas lagi. Dahinya, lehernya, perutnya, tapak tangannya, belakang badannya dan seluruh anggota badan Hasif sudah berbalik kepada suhu normal. Malam tadi pun Hasif sudah boleh tidur lena. Malam sebelum tu, Hasif tak boleh tidur. Hasif tak merengek, cumanya Hasif resah gelisah mungkin sebab panas dan rasa kurang selesa. Sekejap2 Hasif akan terjaga.


Hari ni ma pergi sekolah sekejap. Nasib baik babah pun cuti, jadi babah dan Hasif ikut ma pergi sekolah. Kemudian, kami bertiga pergi makan ikan bakar di Jalan Bellamy.


Esok, tok dan wan Hasif nak datang. Balik Temerloh yaiyyy!!! Tapi babah tak dapat ikut sebab babah kerja. Ma dan Hasif je ikut tok dan wan. Lagipun esok (16 Mac) birthday tok Hasif yang ke-62. SELAMAT ULANG TAHUN tok! Semoga dipermudahkan segala urusan, semoga dirahmati Allah, semoga panjang umur dan dapat tengok cucu tok, Hasif dan kakak Farisah membesar, semoga tok sentiasa sihat supaya dapat menjalani kehidupan dan ibadah dengan sempurna :))

0 comments: