Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*27 sudah*



Mama Cah Auni sponsor kek..aiyayayayyya!



Hari semalam (30 April) genap sudah umur sy 27 tahun. Esok (2 Mei) Hasif berumur 8 bulan :) Meraikan tu takde la..cuma semalam dalam perjalanan balik dari KL ke Temerloh, 'ter'melencong ke Bukit Tinggi. Ini semua idea abang sy la sebab dia yang drive. Kali terakhir sy ke Bukit Tinggi tahun 2004 juga dengan abang sy. Masa tu pun tak plan. Sy ingat lagi masa tu harga masuk RM8.00. Sekarang sudah naik RM12.00 T_T Terima kasih sebab kakak ipar belanja :)) Semalam agak ramai pengunjung. Kami hanya jalan2 makan angin, kemudian naik lagi pergi ke Japanese Tea Culture. Gigih dokong Hasif panjat bukit. Mengah! Kami pun tak makan apa2 kat sana sebab faham2 je lah harga nya. Mahal! Masing2 semua lapar haha! Last2 melantak KFC kat bandar Karak.






















Apa nak kata, bertolak dari KL pukul9.00 pagi tapi sampai rumah mak abah kul5.00 petang. Mak abah tak tau kami melencong ke Bukit Tinggi sampai mak dah nak merajuk tunggu cucu2nya tak sampai2 lagi. Kata bertolak pagi..huhu~ I'm sorryy.. (versi Amir RL) Sy plak tiba2 pening kepala yang amat sangat. Mungkin sebab lambat makan + period plak. Hasif terus jadi anak mak bila sampai Temerloh. Mak yang mandikan, mak yang bagi makan, basuh BO..semua mak..hehe~ Ma Hasif plak terbaring je sebab pening sangat sampai muntah. Baru ingat nak ajak mak abah makan steamboat malam tu.




Hari ni baru dapat mengadap pc..hehe.. (itupun dijeling suami :p) tapi tak dapat nak upload gambar sebab tak bawa kabel. Okaylah, pejam celik pejam celik..usia pun dah meningkat. Sedih tu takdelah sebab rasanya sama sahaja. Cuma sy harap di usia sebegini sy dapat lebih menikmati hidup bersama suami dan anak. Semoga sy dipanjangkan umur untuk sentiasa berada di sisi suami dan anak, semoga diberi kesihatan hati (jauhkan dari segala sifat mazmumah), mental dan fizikal dengan baik agar sy dapat melaksanakan dan menunaikan tanggung jawab sy sebagai hamba-Nya, isteri, ibu, anak dan guru dengan sempurna, semoga dipermudahkan segala urusan harian sy, diterangkan hati untuk menerima segala ilmu, dan semoga memperoleh rezeki yang berkat dan dilimpahi rahmat oleh-Nya..amin :)






..my sunshine :)




0 comments: