Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*baik atau buruk*

Semalam sy baca surat khabar Mingguan. Terus terang sy katakan, sy antara individu yang sangat jarang membaca surat khabar. Bukannya tidak mahu tahu tentang berita dan isu semasa, tetapi sy takut nak baca sebab terlalu banyak cerita dan berita yang kurang enak untuk sajian mata. Pembunuhan, kemalangan, bunuh diri, simbah asid, samun, rompakan, pecah masuk, dadah, warga asing, juga tentang kenaikan harga barang, dan bermacam aneka cerita yang hmm..entahlah. Sebab tu suami selalu tegur tentang sikap sy yang seakan tidak mahu tahu tentang perkembangan dunia. Bukan tidak mahu tahu, tetapi biarlah sy tidak tahu sebab sy selalu merasakan kejadian2 seumpama itu terlalu dekat dengan sy. Berlaku di persekitaran kita sehari2. Takut!


Tetapi semalam, sy baca surat khabar sebab nak tahu tentang berita kes tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat. Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Jadikan setiap perkara yang berlaku sebagai pengajaran dan ketentuan dari Yang Maha Esa.


Dalam masa yang sama, belek punya belek..sy terjumpa satu artikel yang ditulis oleh Jehan Miskin. Sy sangat sependapat dengan Jehan dalam penulisannya. Penulisan akhbar hari ini suka mencari cerita2 negatif dan cerita2 yang buruk untuk ditatap. Mengapa kita tidak disajikan dengan cerita2 yang baik dan boleh menjadi inspirasi untuk diri kita? Tepuk dada tanya selera :) Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri..assalamualaikum.. :p

(klik untuk tumbesaran)

www.good.is




0 comments: