Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*solid food (II)*

Sejak umur Hasif 6 bulan, macam2 makanan Hasif dah rasa. Maksudnya makanan2 sampingan yang dimakan oleh orang dewasa. Tetapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak sehingga mengenyangkan dia. Setakat merasa hujung bibir dan lidah supaya dia mengenal rasa.

Makanan utama untuk mengenyangkan Hasif selain minum susu adalah bubur nasi. Biasanya sy akan masak 2 hari sekali. Sekali masak untuk 2 hari makan (4 atau 6 kali makan). Menu biasa yang sy masak :-

1. Bubur nasi + lobak + ubi kentang. Sy akan rebus kesemuanya sehingga empuk.

2. Bubur nasi + ayam + sayuran hijau. Sy akan siapkan bubur nasi dahulu, agak2 bubur nasi sudah kembang baru masukkan ayam dan sayuran hijau. Masak sehingga bubur nasi dan ayam menjadi kembang, lembut dan empuk.

3. Bubur nasi + lobak + sayuran hijau + epal. Sy akan kisar lobak, sayuran hijau dan epal terlebih dahulu. Kemudian masak bubur nasi, agak2 kembang baru masukkan semua bahan yang telah dikisar.





4. Bubur nasi + lobak + epal. Masak sehingga kembang dan empuk.

5. Bubur nasi + ikan bilis + lobak + ubi kentang. Masak, kemudian kisar kesemuanya.







6. Pisang dan epal. Stim, kemudian kisar atau lenyekkan. Kalau nak tambah rasa lemak manis, campurkan susu.


Banyak cara boleh buat. Terpulang kepada masing2. Sy buat cara yang paling mudah je. Kadang2 sy berikan Hasif nestum atau makanan baby yang terdapat di pasaran juga terutama sebagai breakfast atau makan malam. Bukan apa, sebagai variasi untuk Hasif. Namun, bukanlah dijadikan makanan utama. Ibu2 zaman moden dan bekerjaya sekarang dah boleh google macam2 jenis makanan untuk si manja tersayang. Terpulang kepada ibu2 untuk memberikan yang terbaik. Setiap ibu berlainan cara :)

:: Previous Entry - Solid Food (I) ::







1 comments:

Mrs Nageb said...

Wah bnyaknya hasif dah rasa :)
Good......hehehe