Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*kuasa Sang Pencipta*

Ya! Ya! Ya! Memang sudah agak lama sy tidak mengemaskini belog! Banyak nak dikongsikan namun apakan daya. Sy sudah terputus hubungan dengan dunia jalur lebar.


Pertama sekali, sy ingin mengucapkan takziah buat emak saudara sy sekeluarga (mak tam) atas pemergian suami tercinta (ayah tam). Pemergian yang cukup memberi tamparan buat kami sekelip mata. Dugaan demi dugaan datang bertali. 2 minggu lepas (25 Jun), sepupu sy (Muhammad Firdaus) yang hilang di Sungai Pahang telah ditemui selepas hampir 17 hari dihanyut arus. Polis telah menjumpai keretanya bersama selipar di tepi sungai pada 9 Jun. Emak saudara sy (mok teh kakak kepada mak tam) hanya mampu berserah dan redha dengan pemergian satu-satunya anak lelaki beliau. Sebelum kejadian menimpa arwah Muhammad, emak dan kakaknya telah ditimpa kecelakaan jalan raya gara-gara cuba mengelak sebuah kereta yang memasuki laluan mereka. Kereta yang dipandu kakak sepupu sy terbabas. Kereta yang cuba dielak itu terus memecut laju tanpa memikirkan 'kesan' yang diberikan. Dan kini, pemergian ayah tam juga memberi kesan buat kami kerana semuanya berlaku dalam tempoh yang singkat.


Takziah sekali lagi buat keluarga mok teh dan mak tam. Semoga roh Muhammad dan ayah tam ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Tidak dilupakan juga buat arwah ayah mertua sy yang sudah hampir satu tahun meninggalkan kami, semoga rohnya aman dan tenteram di sana. Al-Fatihah.







Tinggal kenangan, gambar keluarga ayah tam.



Muhammad Firdaus b. Hamzah dan anak buah kesayangan.






Buat Along (Nurul Asma, anak sulung ayah tam) takziah atas pemergian emak mertua lebih kurang seminggu yang lalu dan kini ayahanda tercinta pula pergi buat selama-lamanya. Namun, ingatlah ada hikmah yang Allah mahu berikan. Allah telah menganugerahkan 'sesuatu' yang tidak ternilai buat Along dan suami (Izwan). Tahniah atas anugerah terindah itu :)







Nurul Asma & suami :)






Jaga diri baik-baik ye~ Tahniah juga buat Joen yang bakal menerima 'orang baru' tidak lama lagi :) Semoga dengan bakal kehadiran orang-orang baru ini akan mendamaikan hati mok teh dan mak tam. Cucu kelima buat mok teh, dan cucu ketiga buat mak tam :)






0 comments: