Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*11 bulan*





Sejak internet takde ni, memang tak boleh nak buat apa :( Tergerak nak cari broadband baru tapi apakan daya..sekarang pun guna pusat akses kat sekolah..tapi tak bole lama2 sebab banyak kerja..cuma nak kongsi, Hasif sudah 11 bulan :) tapi masih belum mahu berusaha untuk berdiri dan berjalan..Hasif..Hasif..tahun ni insyaallah Hasif akan menyambut ulangtahun pertama di Johor, kampung babah..cepat2 la pandai berjalan wahai Hasif ma :)



Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak <3
















0 comments: