Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*rumah kami*



Gambar hiasan



Rumah kami rumah kecil. Sudah hampir 2 tahun sy dan suami tinggal di sini. Walaupun kecil, agak selesa juga. Lagipun senang bagi sy untuk mengemas setiap sudut dan inci rumah. Senang juga untuk memantau pergerakan Hasif sementara sy membuat kerja2 lain. Senang juga untuk meninggalkan Hasif sementara sy mahu mandi dan bersiap ke sekolah. Buat sementara waktu ini, kami bertiga akan tinggal di sini walaupun hanya ada 2 bilik dan dengan kadar sewa RM450. Lagipun rumah kami dekat dengan kemudahan. TESCO, Carrefour, LRT, hospital, jalan tengah untuk ke pusat bandar (Sogo, Bukit Bintang, Times Square), nak ke sekolah pun jalan tak jam sangat, dekat dengan pasar malam, bazaar ramadan, dan yang paling penting senang untuk family sy dari Temerloh datang. Setakat ini kami belum pernah mengalami gangguan bekalan elektrik dan air :) Oh ya, nak hantar Hasif rumah tok (mak mertua) pun dekat. Jalan kaki pun boleh. Bila sy pergi sekolah, Hasif tinggal dengan tok, pak lang dan pak busu.


Walau pun begitu, kami sekeluarga tetap menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang mampu kami miliki dengan kadar pendapatan kami. Tidak kisahlah rumah tinggi ke rendah ke asalkan rumah itu selesa untuk membesarkan keluarga. InsyaAllah.. :)







Rumahku syurgaku :)


















2 comments:

nurul cunashy said...

x pnh ag g umh kde.. waaaa =(

Reen Tart Nenas said...

xpe la. yg penting dpt dekat dgn hubby :)