Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*5 hari tanpa bintang*


Ok hari ini sudah mau balik KL. Hari Khamis lepas tak sabar2 nak balik rumah mak (Temerloh) sebab nak jumpa buah hati Hasif Fahimi. Terpaksa tinggalkan Hasif dengan mak Ahad minggu lepas sebab sy kena jadi pengiring ketua pengawas UPSR. Kena keluar rumah seawal5.45 pagi. Jadi tak sampai hati nak angkut Hasif seawal tu untuk hantar rumah mak mertua (KL). Lagipun bimbang sy tak sempat nak sampai on time ke bilik kebal kalau dengan Hasif.


Ahad Isnin Selasa Rabu dan Khamis rindunyeeeeeeeeee dengan Hasif. Walaupun kadang2 ma selalu berkelahi dengan Hasif sebab Hasif takmo tidur, ma plak penat..ma rindu mulut Hasif yang bising tu..kuat membebel dan suka buat suara nyaring. 5 hari Hasif tinggal dengan tok dan wan, Hasif dah pandai panggil 'Kooo' merujuk kepada Piko kucing kesayangan tok. Suara garau je panggil 'Kooo'. Hasif akan panggil 'Kooo' bila dia dengar tok panggil Piko. Kemudian, bila cakap Hasif pandai..dia akan tersengih menampakkan gigi 3 batang sambil tepuk tangan. Hasif panggil tok 'babah' panggil wan 'maa'.


Tercipta Untukku :)



1 comments:

aziyana said...

husna ade geng jugak rupanya..
sekarang ni nk tidokan die 'bercinta' punya la susah..membebl pun kuat..kadnag2 geram tp bila tgk die tdo alahai cian