Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*pertama kali*

Petang Jumaat (26 Ogos) masa sy mahu mandikan Hasif, sy perasan ada kesan merah2 di leher dan ketiak Hasif. Sy fikir agaknya mungkin sebab Hasif berpeluh, sebab tu merah2. Mungkin Hasif gatal sebab berpeluh. Sy pun mandikan Hasif macam biasa dan bedakkan dia macam biasa. Kemudian kesan merah2 tu naik ke muka. Pada awalnya nampak macam kesan digigit nyamuk.


Kemudian kesan tu jadi semakin besar sehingga merebak ke seluruh badan Hasif.



Malam tu juga kami ke klinik. Doktor cakap mungkin Hasif alahan makanan. Puas sy fikir apa yang Hasif makan sampai jadi macam tu. Sy pun dah buntu. Doktor bagi ubat makan dan ubat sapu. Di samping tu sy juga letak ais pada tempat2 yang merah tu supaya Hasif tak terasa sangat gatal. Terpaksa pakaikan Hasif sarung tangan supaya Hasif tak menggaru. Hari Sabtu masih tiada perubahan begitu juga hari Ahad. Akhirnya kami buat keputusan berjumpa pakar. Doktor tu cakap Hasif mungkin ada meniarap atau bermain di mana2 tempat yang ada hama. Dia cakap jangan risau. Mandikan Hasif dengan Dettol dan jangan pakaikan Hasif baju selagi kesan merah tu belum hilang. Doktor tu hanya bagi ubat sapu untuk disapu seluruh badan Hasif. Alhamdulillah, hari Isnin kesan merah itu mulai hilang. Lega rasanya sebab hari Selasa tu Hasif dapat berhari raya dengan gembira :)


Merdeka!




0 comments: