Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*A Men for him*

1 tahun 3 bulan = 15 bulan :) Hasif sangat coooooooooool lagi. Hasif kuatkan semangat ye. Hasif anak ma ambil semangat ma tau. Ma tau Hasif boleh!


<3


Hari Sabtu lepas, sebelum balik ke Temerloh, kami singgah ke KLCC. Layan babah, layan Hasif. Sudah puas berjalan dan sudah dapat apa yang dihajati, sebelum bergerak ke kereta babah mengidam ini. Jadi kami pilih Caramel Crisp, Caramel Crisp + almond & Cheese Corn.




Gambar dari sini.



3 hari lagi.




0 comments: