Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*solid food (I)*

Pertama kali buat bubur untuk Hasif :) Sebelum ni bagi Hasif makan Heinz Organic, Hasif buat muka, tapi yang perasa pir dan pisang Hasif suka. Agaknya sebab manis kot. Yang perasa sayur tu agak tawar. Sekarang sy buatkan bubur nasi + kentang + carrot + ikan bilis. Mak ajar lenyekkan guna penapis supaya ikan bilis tu dapat diasingkan, supaya dapat rasa ikan bilis tu je. Tapi disebabkan di rumah tiada penapis, sy blend je :p Kadang2 sy letak epal supaya ada rasa. Mak suruh letak sayur. Mak dah pesan, ajar Hasif makan sayur supaya kulit Hasif tak bermasalah nanti. Baik mak! :))



Hasif makan bersungguh2. Ummmmm! Sedap tak anak ma? :)

Kesayangan sy :) Hasif Fahimi ♥


*Rakyat Didahulukan?*

Hmm..semalam suami bagitau ada 6% service tax (govt tax) dalam bil Astro berkuatkuasa 1 Januari 2011. Then, hari ni suami sms bagitau semua pun dah ada termasuk lah bil telefon. Kalau dulu fast food cuma 5%, sekarang ni dah increase 6%. Sy macam..apa ni???? So, sy pun google nak kan kepastian. Memang sah! Ini termasuk dalam Malaysia Budget 2011.

**
Service tax increase to 6% from 5%
Service tax rate will be increased from 5% to 6% with effect from 1 Jan 2011. This will impact quite a number of service industry as well as individual consumptions. This may be a temporary measure to increase government revenue while pending the implementation of Goods and Services Tax (GST). You may probably feel the effect of service tax increase, although some said marginal, in 2011 when you visit to the restaurants, or when you pay your telephone bills.

ASTRO fee will be subject to service tax 6%
ASTRO monthly subscription fee will be increased by a service tax of 6% with effect from 1 Jan 2011. Service tax of 6% will be imposed on paid satellite broadcasting services in which this service was not subject to service tax previously.
**

Seriously, sy memang terasa dengan semua ini. Kalau sebelum ni sy memang tak pernah ambil peduli, sekarang sy memang peduli. Sebulan kami kena charge untuk Astro lebih kurang RM7++, setahun kami di'charge' lebih kurang RM85++. Katakan ada lebih 2 juta pelanggan Astro, nah kamu kiralah berapa kerajaan sudah ambil untung? Itu baru bil Astro, lain2 bil apa cerita? Bagi mereka yang berduit mungkin tidak merasa apa. Tapi, bagi kami yang hidup sederhana dan hanya hidup makan gaji ni bagaimana? Lebih2 lagi apabila kami sudah berkeluarga dan punya anak. Sy bukan pro atau anti mana2 pihak. Sy cuma terfikir bagaimana hidup kami akan datang sedangkan golongan atasan bersenang-lenang, berseronok bercuti ke luar negara bersama keluarga, naik kereta mewah, makan di hotel 5 bintang, tidur di atas katil yang empuk, membeli-belah ibarat dunia ini kamu yang punya, dan bermacam2 lagi. Sedangkan kami pula bekerja bagai nak rak hanya semata2 mahu membayar tax untuk kamu!

*alhamdulillah dan Selamat Pengantin Baru*

Alhamdulillah..selesai sudah majlis aqiqah dan cukur jambul permata hati kesayangan kami :) Terima kasih buat semua sepupu-sepupu yang menjayakannya! ♥♥



Hasif sebelum majlis. Belum mandi lagi ma dah ajak bergambar. Sebelum orang datang kita bergambar dulu ^_^ Itu pelamin nikah sepupu sy dan pasangannya.



Ungku Yusra Insyirah :) Geram nak gomol!!



Babah, Hasif dan tok :)



Sepupu sy juga sediakan ole2 untuk tetamu.



Dan, ini sepupu sy Joen bersama pasangannya Farouq. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa dan berkekalan hendaknya. Semoga Farouq menjadi seorang suami yang mithali buat sepupu sy Joen :) SELAMAT PENGANTIN BARU uolls! ♥♥



*with love*

Untuk majlis aqiqah dan cukur jambul Hasif :)

♥♥

*pendidikan awal bermula di rumah*

Hari Sabtu lepas ada LDP Siri 1 di sekolah. Mula dapat tau WAJIB attend, perasaan itu adalah sangat ..erghhhh.. baru ingat nak luangkan masa dengan Hasif, tup tup ma kena hadiri kursus.


Ok takpe.


Dan bila dah hadiri kursus itu, perasaan jadi sangat..


..bermotivasi :))


Bukan setakat input yang sangat bagus, malah penyampaian nya juga sangat berkesan. Langsung tak boring i told u..hihi~ Adalah beberapa input yang sy boleh kaitkan dengan cara mendidik anak walaupun kursus itu lebih kepada keprofesionalan dan personaliti guru, namun sy rasa intipati nya sesuai untuk semua. Apa yang penting, cara kita mendidik anak murid biarlah seperti kita mendidik anak kita sendiri. Walau marah sekali mana pun, jangan sesekali menghamburkan kata2 yang tidak elok. Kita pun tak suka kan bila ada orang marah anak kita dengan kata2 yang bersifat negatif. Marah dengan cara mendidik bukan mengherdik. Buruk cara layanan kita pada anak orang, layanan buruk jugalah yang anak kita akan dapat dari orang lain. Namun, kita juga tidak boleh terlalu memanjakan hingga mereka buat salah pun kita boleh pejam mata. Apa yang sy boleh praktikkan adalah :


7 tahun pertama untuk mendidik adalah dengan kasih sayang dan sentuhan.
7 tahun kedua adalah dengan menggunakan kaedah reward & punishment.
7 tahun ketiga adalah mendidik dengan rasionaliti.


Dan jangan terlalu berharap anak kita akan berjaya seperti yang kita inginkan. Setiap anak pasti akan membuat kesilapan dalam hidup, dan biarkan dia belajar daripada kesilapan. Kita sebagai ibu bapa atau guru hanya berusaha untuk membimbing, berdoa untuk nya (mereka) dan akhirnya kita bertawakal.


Sy sendiri mengakui sy mendengar dan belajar menyebut kata2 yang tidak elok adalah melalui persekitaran, bukan melalui emak atau abah. Emak dan abah sama sekali tidak pernah mengeluarkan kata2 yang tidak elok di hadapan kami tiga beradik. Sebab itu, sy boleh berbangga dengan kedua2 abang sy sebab mereka tidak pernah menyakitkan sy baik dari segi emosi (hati) dan fizikal atas didikan yang telah emak dan abah berikan. Abang2 sy sangat menghormati sy sebagai adik, cuma sy je yang selalu mengambil kesempatan pada mereka :-) Selain itu, jika berlaku perselisihan faham antara kita suami isteri, cuba selesaikan di belakang anak2. Bukan bertekak dan bermaki hamun di hadapan anak. Dan jangan sesekali memarahi anak2 ketika di hadapan rezeki. Biarkan kita dan anak kita menjamah rezeki terlebih dahulu sebelum mula menegur atau memarahi mereka (anak).


Apa yang sy inginkan katakan, pendidikan bermula dari rumah. Sy sendiri sebagai guru sudah lali mendengar anak murid sy bercakap kotor dan kurang ajar. Bukan sy mahu menyalahkan ibu bapa mereka, namun terus terang sy katakan mereka (anak murid/anak didik) belajar dari pengamatan dan pendengaran mereka. Ibu bapalah yang mencorak peribadi anak2 mereka. Sebagai contoh, sy selalu menekankan kepada anak murid sy supaya sentiasa kemas. Baik dari segi berpakaian atau penulisan. Namun, sy gagal untuk mencorak mereka sebab mereka sudah terbiasa dengan keadaan kotor dan comot sebegitu. Mungkin disebabkan rumah mereka pun bersepah dan tunggang-langgang. Ibu atau bapa mereka juga tidak memeriksa keadaan anak mereka. Tulisan anak sukar untuk dibaca, buku koyak, kotor, hilang pun ibu bapa tidak ambil tahu. Hingga sy sendiri yang menelefon ibu mereka menyampaikan pesan agar anak mereka membawa buku datang ke sekolah.


Owhh..sy sudah terlebih emosi (terlebih sudah) *wink*


Berbalik kepada kursus yang sy hadiri, sebagai guru atau penjawat awam, motivator itu juga berkata, kita sendiri yang mengetahui tentang diri kita ketika bekerja. Kita sukakan persekitaran kerja yang macam mana?


1 atau 2 atau 3 atau 4?

Apa yang penting kita kena seronok dengan kerja kita :)


Sebagai guru juga, 5 perkara ini PERLU ada :


Attitude
Skill - Social skill, enjoy, artistic
Knowledge
Value
Fit
(paling penting sebab guru tidak pernah duduk)


Selain itu, tugas UTAMA guru adalah - menjaga, mengajar, memahami dan menyalurkan bantuan :)







**Tambahan**
Patutlah kaum wanita lebih banyak membebel, ini kerana wanita dilahirkan dengan kuota 20000-24000 patah perkataan sehari berbanding lelaki hanya 7000-9000 patah perkataan sehari. Wanita perlu habiskan kesemua patah perkataan itu untuk mengelakkan stress atau kemurungan. Buat lelaki di luar sana, bersyukurlah jika isteri anda seorang guru/pensyarah kerana mereka sudah menghabiskan hampir 85% patah perkataan di sekolah/institusi pendidikan :)



Sentiasalah menerapkan nilai-nilai positif untuk anak2 kita kerana mereka adalah pemangkin negara


*momma's boy*

Rutin harian setelah mula bekerja bermula jam 6.15 pagi. Syukur sebab sy dapat mengajar sesi petang. So, tak lah terkejar2 sangat dan tak perlu lah nak bangun awal ;-) Cuma bila bertugas sesi petang ni, penat tu lain sikit berbanding mengajar sesi pagi. Beban kerja pun agak banyak dan sangat berbeza berbanding sekolah sebelum ni dengan sekolah sekarang. Sy hantar Hasif ke rumah mak (mertua) jam 12.15 dan tiba di sekolah lebih kurang jam 12.45. Hari Isnin dan Selasa waktu persekolahan tamat jam 6.30, dan sy sampai di rumah mak untuk ambil Hasif jam 6.50. Hari Rabu, Khamis dan Jumaat sekolah habis jam 6.00. jadi, sampai rumah mak pun awal sikit la :) Tapi, bila sampai rumah sendiri, serius badan sangat penat. Rasa nak terus baring je sebab dah penat turun naik tangga kelas 4 tingkat dan dah penat terjerit2 mengajar :~) Tapi tak boleh buat macam tu sebab masih ada tanggungjawab untuk Hasif melainkan Hasif penat dan dia pun tidur awal. Dan walaupun mengajar sesi petang, sy tidak punya masa untuk sambung tidur di waktu pagi sebab hanya waktu tu je lah yang dapat sy gunakan untuk menggosok, mengemas, membasuh, menjemur, melipat, menulis buku rekod, memandikan Hasif, melayan Hasif dan memasak (kalau sempat). Masa pun terasa cepat je berlalu. Nak mengadap laptop untuk update blog pun dah tak sempat. Nak publish satu entry ni pun makan masa 3-4 hari..


Dan betul lah orang kata, bila dah jadi ibu ni rasa sayu je nak tinggalkan anak untuk pergi kerja walaupun sy tau Hasif tinggal dengan nenek dia dan sy tak perlu risau. Sy cuma sayu dan rindu je bila tengok Hasif pandang je sy bila sy tinggalkan dia. Saat2 yang paling sy rindu ketika sy mandikan Hasif dan bila sy renung Hasif ketika dia tidur. Hmm..macamana perasaan ibu2 yang tinggalkan anak mereka dengan pengasuh..mesti berat hati kan..kalau boleh bawa anak ke tempat kerja mesti tempat kerja tu meriah jadinya..hehe ;-)


Hasif pun dah berumur 4 bulan lebih. Hasif dah pandai protes dan cari jalan untuk dapatkan perhatian. Kadang2 bila sy nak ambil Hasif kat rumah nenek dia, Hasif akan meragam. Sy tau Hasif meragam sebab dia merajuk kena tinggal. Bukan sebab dia tak suka tinggal dengan nenek dia tapi sy rasa sebab dia perasan ma dan babah tiada sekali dengan dia. Bila balik ke rumah kami Hasif akan kembali ok. Cuma, bila waktu makan malam, Hasif akan cuba sedaya upaya untuk tarik perhatian kami. Hasif akan buat2 merengek dan bila kami tak pedulikan dia, Hasif akan buat2 batuk supaya ma atau babah dia risau dan kami akan beri perhatian pada dia :-) Oh Hasif..be a good boy ya! ma saaaaaaaaaaaaaayang Hasif!! Semoga Hasif menjadi anak yang soleh, menjadi anak kebanggaan dan kesenangan ma dan babah, menjadi anak yang bijak pandai, mudah memahami, disenangi, dan menghormati mereka yang lain seadanya :)

*insyaAllah*

Azam baru?


Hmm..sebenarnya ada beberapa azam yang sy tanam sejak dari sy mula bekerja pada tahun 2008, tetapi sampai sekarang tak bercambah..jangan kata cambah, tunas pun tak. Antaranya, mahu membeli kereta atas nama sendiri. Mahu sambung pengajian ke peringkat sarjana dan mahu punya simpanan kewangan yang kukuh. Namun, semua tu terpaksa di'kiv' dulu sebab lagi satu azam ketika itu adalah mahu berkahwin. Azam untuk berkahwin dan punya cahaya mata alhamdulillah telah tercapai dengan berkat usaha, doa dan tawakkal. Berkahwin pada penghujung tahun 2009 dan punya cahaya mata pada September 2010.


Untuk tahun 2011, sy punya azam yang lain. Untuk azam yang belum kesampaian itu insyaAllah akan cuba dilaksanakan suatu masa nanti. Tahun ini sy berazam mahu~



Memenuhi tuntutan dan kewajipan sebagai hamba Allah dengan bersungguh-sungguh
Bercuti bersama keluarga
Menabung untuk masa depan kami sekeluarga
Melengkapkan keperluan Hasif Fahimi
Menjalankan tugas sebagai guru dengan penuh dedikasi di sekolah baru (persekitaran yang membina menyemai semangat baru)




*2 ♥ 1 1*


HAPPY NEW YEAR 2011!!!!

Sehari sebelumnya, sy ke sekolah menyiapkan sedikit kerja sebelum sesi persekolahan bermula. Hasif tinggal dengan babah. Be a good boy ya! Muahhhsss!! Kemudian, selepas Zohor kami keluar berjalan2 disamping meraikan birthday babah. HAPPY BIRTHDAY babah!!! Muahhhsss!! ♥♥♥

Setelah puas berjalan akhirnya..

.

.

.

.

.

.

..dan malamnya pula,




♥♥ Happy birthday to you..

Happy birthday to you..

Happy birthday to babah..

Happy birthday to you ♥♥



Berkaraoke sampai pukul 12.30 malam bersama babah & Hasif, abang & sil & niece, dan adik kepada sil & suami :)

Happy New Year once again *wink*

** Actually, few days before ma dan babah dah keluar sama. Sorry Hasif terpaksa tinggal dengan nenek :( Ma dah celebrate awal birthday babah :)