Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*yaiyyyy*

Hasif sudah pandai meniarap sendiri :))



Hasif lagi :)) Lagi-lagi Hasif :)))




*selimut hati*



Aku..kan menjadi malam-malam mu
kan menjadi mimpi-mimpi mu
dan selimuti hati mu..yang beku..

Aku..kan menjadi bintang-bintang mu
kan selalu menyinarimu
dan menghapus rasa rindu mu..yang pilu

Aku bisa untuk menjadi apa..yang kau minta
untuk menjadi apa yang kau impikan..
tapi ku tak bisa menjadi dirinya..

Aku..kan menjadi embun pagi mu
yang kan menyejukkan jiwa mu
dan kan membasuh hatimu..yang layu



*kunci ke syurga*

Kisah ni berlaku pada hari Selasa yang lepas (seminggu yang lalu). Berlaku betul2 di hadapan mata sy. Kisah yang bagi sy sangat menyentuh perasaan sy sebagai seorang ibu. Petang itu, selepas pulang dari sekolah, sy dan suami singgah di pasar malam sebelum menjemput Hasif. Sedang sy dan suami memilih juadah untuk makan malam, tiba2 sy terdengar jeritan seorang perempuan. Sy agak terkejut lalu menoleh kiri kanan mencari punca dari mana datangnya jeritan itu. Tiba2 sy ternampak seorang lelaki yang sy rasa bukan warganegara tempatan sedang cuba merampas seorang anak kecil daripada seorang wanita (mungkin ibunya). Anak kecil yang baru berusia dalam lingkungan 6 bulan hingga 1 tahun itu yang tidak mengerti apa2 hanya tergamam dalam dakapan wanita itu. Wanita itu cuba mempertahankan anak kecil itu daripada dirampas lelaki berkenaan. Wanita itu menangis sambil menjerit agar lelaki itu tidak mendekati dirinya dan anak kecil itu. Lelaki itu pula membentak2 dan cuba merampas dan menarik anak kecil itu lagi. Situasi menjadi agak tegang pada ketika itu. Sy rasa sangat terkejut dan tidak semena2 air mata bergenang di kelopak mata kerana tidak sanggup melihat anak kecil yang tidak bersalah itu menjadi mangsa. Namun, sy cuba mengawal perasaan agar tidak terbawa2. Sejurus kemudian, lelaki itu beredar dari tempat kejadian selepas beberapa orang lelaki di pasar malam itu telah masuk campur dan menenangkan suasana. Sayu hati sy melihat wanita itu bersama anak kecil yang masih tergamam dengan kejadian itu.


Ya Allah, mohon Engkau jauhkan anakku Hasif Fahimi dari segala perkara yang tidak baik dan tidak diingini seperti itu, dan mohon Engkau peliharakanlah rumahtangga kami. Amin..


Hasif..ma saaaaaaaaaaaayang Hasif sangat2. Jika ma boleh menghadapi sakit dan kepayahan melahirkan Hasif ke dunia ini, apatah lagi sakit dan kepayahan lain. Ma punya kekuatan itu disebabkan Hasif. Ma minta maaf sebab kadang2 ma tidak boleh tumpukan sepenuh perhatian buat Hasif. Ma dan babah tidak mampu untuk menggaji pembantu rumah menguruskan rumah, maka ma terpaksa buat itu semua. Kadang2 ma terpaksa biarkan Hasif bersendirian sebab ma ada kerja yang perlu disiapkan. Ma sayang Hasif dunia akhirat. Ma sentiasa mendoakan Hasif menjadi anak yang soleh dan baik.




*perkembangan Hasif*

Sy jarang bercerita tentang perkembangan Hasif di blog meski Hasif sudah menjangkau 5 bulan lebih. Perkembangan Hasif setakat ini alhamdulillah baik. Cumanya, Hasif masih aman. Bermaksud, dikala rakan2 sebaya Hasif sudah pandai meniarap, mengangkat2 bontot, mengundur, dan menarik2, Hasif plak masih aman tidak mahu meniarap. Bila sy cuba tiarapkan dia, dia akan jatuhkan kepala kemudian memusingkan kembali badan dia ke keadaan telentang. Begitulah acapkali. Hasif lebih suka berbaring sambil mencapai kakinya sendiri dan bermain2 dengannya. Pernah suatu hari, Hasif cuba memasukkan kaki ke dalam mulutnya. Oh Hasif.. Hasif masih tidak mahu meniarap. Oleh itu, nenek (tok) belanja Hasif ini :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




*mengidam*

Dah lama sangat mengidam nak makan mango rice ni ^_^ Pandang-pandang dari jauh tapi tak pernah berkesempatan beli. Saya memang hantu mangga. Kalau dapat buah mangga tu memang bole lupa diri. Sekarang, suami pun suka minum air mangga sebab sy selalu order bila makan di luar. Dulu masa mengandungkan Hasif, tak mengidam apa2 sangat kecuali durian sebab musim durian. Dan akhirnya, malam kelmarin dapat juga merasa makan mango rice. Ummmmmm!! I loiiikee ♥





*Merancang Keluarga : Kaedah PPS*

Sejak balik dari sekolah tadi hati ni tiba2 je berkehendakkan dan berkeinginan untuk menambah seorang lagi :p Bila difikir2 sementara badan masih muda dan bertenaga ni lah patut ambil peluang. Dapat perempuan plak best jugak. Bila dah dapat sepasang baru fikir nak merancang. Sekarang ni sy guna kaedah PPS. Pandai Pandai Sendiri. Haha! Bukan apa, nanti bila dah tua dan dah pencen, anak2 pun dah habis belajar kan? Duit pencen tu boleh simpan buat gi 'honeymoon'. Honeymoon di usia emas seronok apa? Haha!






*Buang tabiat malam2 buta di kala Hasif dan babah sedang lena diulik mimpi :pp

*5*

Seriusnya anak ma baru bangun tidur :)

5 months Hasif :)
2 September 2010 - 2 February 2011