Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*mandi wiladah*

Bagi para ibu yang bakal melahirkan permata ke dunia ini, terutama bagi kamu yang bakal melahirkan anak pertama..mungkin ada di antara kamu yang sudah menyiapkan diri untuk menghadapi saat-saat itu dan mungkin juga ada di antara kamu yang masih baru dan masih perlukan info dan pengetahuan untuk menghadapinya. Bukan setakat persiapan mental dan fizikal menghadapi saat sebelum melahirkan, malah selepas juga perlu. Sy bukanlah mahu memberikan tips untuk memudahkan kelahiran *wink*, cuma mahu berkongsi pengalaman sy apabila sy sendiri TERLUPA untuk melakukannya. Hari kedua Hasif dilahirkan baru sy diingatkan oleh emak saudara sy, padahal emak sudahpun memaklumkan dan mengingatkan sy tentang hal ini.

Ini adalah berkenaan MANDI WILADAH :)

Sumber : Ilmu Dan Ulamak

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.


*MatKool*

Semalam teringin sangat mahu makan ini :p Jadi, apa lagi terus singgah kedai beli haha!


Gambar : Google

Sedappppppp!!!!! ^^

*cuti sekolah*

:( celcom oh celcom..

&#^!!

Okay lah, tolak tepi kegeraman terhadap celcom. Alhamdulillah demam Hasif sudah kebah :)) Lega rasanya bila peluk Hasif badannya sudah tidak panas lagi. Dahinya, lehernya, perutnya, tapak tangannya, belakang badannya dan seluruh anggota badan Hasif sudah berbalik kepada suhu normal. Malam tadi pun Hasif sudah boleh tidur lena. Malam sebelum tu, Hasif tak boleh tidur. Hasif tak merengek, cumanya Hasif resah gelisah mungkin sebab panas dan rasa kurang selesa. Sekejap2 Hasif akan terjaga.


Hari ni ma pergi sekolah sekejap. Nasib baik babah pun cuti, jadi babah dan Hasif ikut ma pergi sekolah. Kemudian, kami bertiga pergi makan ikan bakar di Jalan Bellamy.


Esok, tok dan wan Hasif nak datang. Balik Temerloh yaiyyy!!! Tapi babah tak dapat ikut sebab babah kerja. Ma dan Hasif je ikut tok dan wan. Lagipun esok (16 Mac) birthday tok Hasif yang ke-62. SELAMAT ULANG TAHUN tok! Semoga dipermudahkan segala urusan, semoga dirahmati Allah, semoga panjang umur dan dapat tengok cucu tok, Hasif dan kakak Farisah membesar, semoga tok sentiasa sihat supaya dapat menjalani kehidupan dan ibadah dengan sempurna :))

*Mac*


2 Mac 2011
Hasif Fahimi genap 6 bulan :)

5 Mac 2011
Cherating-Black Stone-Teluk Chempedak





13 Mac 2011
IKEA. Badan Hasif mula panas.

14 Mac 2011
Klinik. Hasif demam :(



15 Mac 2011
Mahu ke sekolah untuk key-in markah ujian bulan Mac. Perasaan mahu ke sekolah 50-50 sebab Hasif demam..

16 Mac 2011
Bawa Hasif ke klinik sekali lagi untuk injection. 2 das sekali kena. Kesian anak ma.





Tok dan wan jemput Hasif dan ma balik Temerloh.

17 Mac 2011
Bawa Hasif dan kakak Farisah jumpa moyang (belah wan).

18 Mac 2011
Mahu ke Meena Boutique House :)) Sepupu sy baru launch boutique kedua. Nak grab satu triangle rose hijab..wiwiwiwi~





Banyak lagi items yang dijual. Yang diimport dari Bandung juga ada. Boleh search @Facebook. Meena Boutique House.



----------
Sent from my Nokia phone

*ceritahariRabu*

Setiap hari Rabu sy akan menghantar Hasif ke rumah mak seawal lebih kurang jam 7.30 pagi sebab ada kegiatan ko-kurikulum di sekolah dari jam 8.00-10.00. Kemudian, lepas habis aktiviti ko-kurikulum di sekolah, sy akan pulang ke rumah. Waktu inilah sy akan menguruskan apa2 kerja yang patut sementara Hasif tiada, kemudian bersiap2 pula untuk ke sekolah jam 12.30 tengah hari.

Hendak dijadikan cerita, selepas habis aktiviti di sekolah hari Rabu minggu lepas, sy terus ke bank untuk membuat pembayaran kad kredit. Sy masuk, tengok2 cash deposit machine tak boleh guna. Sy pun terus isi borang kononnya nak bayar. Tup..tup..aku lupa!! ..aku lupa!! Aku lupa bawa kad kredit rupanya.. (pinjam tagline Nazmi RL..huhu :p~) So, macamana nak bayar sebab tak hengat nombor. Sy pun memang tak save nombor tu dalam hp. Sy pun gigih la balik ke rumah ambil kad. Oh..alang2 dah balik rumah tu sy pun angkut sekali semua barang yang telah diasingkan untuk dihantar ke pusat kitar semula. 3-4 kali turun naik tangga angkut barang..penat..huhu.. Kemudian, sampai je di bank, machine tu dah boleh digunakan. Okay senanglah kerja sy :) Selesai urusan di bank, sy ke pusat pengumpulan barang kitar semula. Botol2 plastik softener, botol2 sabun cucian, botol2 minuman semua sy angkut..tin2 yang sy kumpul sampai suami pun cakap, "dah la simpan tu pergi buang je la.." gigih sy angkut..tin2 susu formula Hasif..surat khabar lama, kotak2..pun sy angkut..bukan apa, benda2 macam tu sy sayang nak buang sebab kondisi nya elok. Sibuk itu ini, sedar2 jam dah pukul12.00. Sy pun terus balik rumah, siap2 untuk ke sekolah. Kelam kabut sikit sebab setiap hari Rabu juga sy kena jaga murid RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sebelum mereka masuk ke kelas.

Okay, habis cerita di sekolah..setiap hari Rabu juga lagi, sy dan suami akan singgah ke pasar malam Maluri sebelum jemput Hasif. Sy perasan, mana2 pasar malam yang sy pergi di sekitar sini mesti ada peminta sedekah perempuan bawa anak masing2 duduk mengemis. Sy kesiankan anak itu sebab mereka langsung tak faham apa2. Entah kenyang, entah lapar anak2 tu. Sy serba salah nak hulurkan bantuan sebab suami akan tegur. Mereka ini mungkin didalangi satu sindiket. Mereka mungkin telah dipantau dari jauh. Duit yang kita hulurkan belum tentu ibu dan anak itu yang dapat. Tapi sy memang kesiankan anak2 itu. Sy yakin ramai ibu2 di luar sana faham perasaan sy. Baru2 ini ada seorang perempuan bawa anak dia meminta sedekah. Anak dia sangat comel. Berumur lebih kurang 1-2 tahun. Kesian sangat sy tengok. Sy pun hulur seringgit senyap2 tanpa pengetahuan suami. Tapi suami perasan juga :~) Suami cakap jangan bagi lagi sebab mereka bukan orang kita. Mereka orang luar. Sy kesian sebab di tempat sy di kampung halaman sy, peminta sedekah macam ni tiada melainkan OKU je. Okay lepas ni sy akan cuba biasakan diri dengan situasi macam ni dan sy akan cuba mengelak dari terus memandang.











** Teringatkan pekerja di pusat pengumpulan kitar semula yang semuanya OKU. Mencari rezeki dengan cara yang baik tanpa dipandang hina oleh masyarakat. Malah sy kagum dengan mereka :)



*kenapakenapakenapa*

Sy tak tau kenapa kenapa kenapa sekarang ni celcom broadband sangat lah &*^%$#!! slow. Urghhh! Wahai encik celcom, kami bayar tau. Ingatkan langgan advance plan ni berbaloi dan setimpal la servis dengan bayarannya. Tapi HAMPEHH je. Bukannya kami duduk dalam gua wahai encik celcom. Kami duduk tengah alam tau. Nak update blog pun susah. Apatah lagi kerja2 meng'upload' atau meng'download'. Geram giler! Nak upload video jangan harap dapat! Tak pernah dapat langsung. Sekarang memang serius nak downgrade plan. Bayar banyak pun servis cam haram. Servis sama macam bayar basic plan je. Sy geram tau!






*fun at the peak*

26th February, 2011



















Next week, Cherating..insyaAllah :))