Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*nak makan durian..*

Hari ini hari Ahad (statement apakah? Haha!) Lepas makan lepas mandi lepas menyusu, Hasif pun tidur :) Ma plak mati kutu tak tau nak buat apa..amboi macam rileks sangat je bunyinya..padahal kain bertimbun belum berlipat..hihi :p Rasa nak keluar amek angin tapi kekangan uang..bila dah keluar dah tentu nak makan pun kat luar kan..takpe2 esok gaji..yuhhuu! Hmm..gaji oh gaji..bila dapat gaji kadang2 tak rasa macam dapat gaji. Bayar itu ini itu ini..tup tup dah tinggal berapa sen je. Haha! Dah lama tak shopping untuk diri sendiri..tsk..↲↲↲↲Aduh tensi update belog guna hp..ni pun hp suami..hp sendiri tak berapa nak canggih. Nak merasa pakai blackberry entah bila. Banyak benda lagi nak taip tp hujung ibu jari ni dah rasa macam nak kematu menaip..k la..tu je..bubye uoll~ muahhs muahhss untuk Farisah Auni maksu :)

*berminat?*

Sejak internet slow ni, mood untuk berblog tu agak kurang sudah.. Bukan apa, asal connect kat laptop je - edge. Bila guna kat hp, ok plak 3.5g. Mula ingatkan modem yang rosak, tapi semalam try main kat sekolah ok je 3g. Hurmm..rasa rugi bayar bulanan tapi bila kat rumah dapat guna kat hp je. Rasa tak puas nak update blog..hmm..

Oh ya, sy bercadang mahu let go sy punya laptop..huhu~ Sony Vaio VGN-SR35G. Kenapa? Pertama, sebab battery dah agak suam-suam kuku je. Hanya boleh bertahan 15 minit je. Kedua, sebab bercadang nak beli desktop atau notebook baru. Salah satu. Tengah fikir sekarang. Dan, kondisi laptop sy ini masih baik. Rupanya pun masih cun. Cuma battery je yang gitu2 sebab sy selalu charge lama2 padahal baru guna 2 tahun setengah.. ("-_-)



*O/S : Vista Home Premium, Processor : Intel Centrino 2, Weight : 1.92kg, up to 4GB RAM.


Gambar 1 : Kondisi sekarang.

Gambar 2 : Masa mula beli awal 2009 :)



*sweet 7 months*

2 April 2011 : Hasif genap 7 bulan :)
Setakat ini Hasif asyik menyebut baa-bahh..ba-bah..babba-bahh..baa-bahh..sepanjang masa..bangun tidur baa-bah..sebelum tidur pun ba-bah..nak mamam baa-bah..pendek kata setiap saat babbahh..ok fine.. T_T
Hasif pun sudah pandai tepuk amai2 sekarang.. :)
TETAPI..hanya pabila babah yang menyanyikan.. :-)

Tak kisah lah..asalkan Hasif gembira..ma pun turut gembira.. :)