Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*happy holidays!*



Cuti sekolah sudah bermula! Yippiiiieyyyyy! Perancangan cuti 2 minggu ni tak kemana pun. Bawa Hasif balik Temerloh seminggu, lagi seminggu duk ngan babah plak. Babah kerja, kita duk umah layan tv je la. Musim cuti ni ramai yang buat kenduri. Tahniah buat semua pengantin2 baru di luar sana, termasuk sepupu sy (Nurul Asma & Izwan) dan Kak Eida.








Buat bakal pengantin di bawah ni, belajar dulu tinggi2, cari kerja bagus, kumpul duit banyak2, beli kereta besar..baru boleh kawen..hihi :p




Muahhhsss!!!!






*baik atau buruk*

Semalam sy baca surat khabar Mingguan. Terus terang sy katakan, sy antara individu yang sangat jarang membaca surat khabar. Bukannya tidak mahu tahu tentang berita dan isu semasa, tetapi sy takut nak baca sebab terlalu banyak cerita dan berita yang kurang enak untuk sajian mata. Pembunuhan, kemalangan, bunuh diri, simbah asid, samun, rompakan, pecah masuk, dadah, warga asing, juga tentang kenaikan harga barang, dan bermacam aneka cerita yang hmm..entahlah. Sebab tu suami selalu tegur tentang sikap sy yang seakan tidak mahu tahu tentang perkembangan dunia. Bukan tidak mahu tahu, tetapi biarlah sy tidak tahu sebab sy selalu merasakan kejadian2 seumpama itu terlalu dekat dengan sy. Berlaku di persekitaran kita sehari2. Takut!


Tetapi semalam, sy baca surat khabar sebab nak tahu tentang berita kes tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat. Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Jadikan setiap perkara yang berlaku sebagai pengajaran dan ketentuan dari Yang Maha Esa.


Dalam masa yang sama, belek punya belek..sy terjumpa satu artikel yang ditulis oleh Jehan Miskin. Sy sangat sependapat dengan Jehan dalam penulisannya. Penulisan akhbar hari ini suka mencari cerita2 negatif dan cerita2 yang buruk untuk ditatap. Mengapa kita tidak disajikan dengan cerita2 yang baik dan boleh menjadi inspirasi untuk diri kita? Tepuk dada tanya selera :) Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri..assalamualaikum.. :p

(klik untuk tumbesaran)

www.good.is




*basmi kuman*

Sejak Hasif suka menjilat lantai bila meniarap, sejak tu juga sy beli semua produk Dettol untuk pastikan rumah kami bebas kuman. Bukanlah bermaksud langsung tiada kuman, tapi bila guna produk Dettol ni perasaan was-was tu takde la sangat bila tengok Hasif asyik sangat menjilat lantai. Rasa yakin la sikit. Setiap hari Ahad adalah hari membasmi kuman dalam seluruh rumah.
















Untuk kegunaan harian, sy guna spray dan wipes.










Sekarang ada produk baru, tanpa sentuhan :)









:: Dettol Official Website ::



Pilihan ibu-ibu :)







*teguran*

Baru2 ni sy ditegur oleh seseorang di sekolah. Hamba Allah itu menyampaikan bagi pihak hamba Allah yang lain. Sy ditegur kerana katanya sy kurang melibatkan diri dengan hamba2 Allah yang lain. Katanya lagi sy bersikap menyendiri dan seolah2 anti-sosial. Hamba Allah yang menyampaikan itu cuba mempertahankan sy, katanya mungkin sy masih baru di situ dan sy mungkin segan dengan hamba2 Allah di situ. Ok, itu mungkin salah satu faktor juga. Tetapi terus-terang sy katakan, sy memang sebegini. Bukan bermaksud sy memang suka menyendiri, tetapi sy banyak kerja yang perlu dibuat. Kalau tiada kerja sekalipun sy akan cuba mencari kerja. Sy lebih selesa duduk di tempat sy dan buat hal sy daripada sy ke hulu ke hilir mengambil tahu dan menyibuk tentang hal orang lain. Sy akui sy agak berat mulut dengan individu yang baru sy kenal. Sy hanya akan berbual mesra jika sy rasa sy boleh percaya dan selesa dengan sikap individu itu.




Faktor lain pula, jika sy pernah menegur seseorang itu tetapi disambut dengan respon yang kurang memberangsangkan atau respon yang agak angkuh, PERCAYALAH sy tidak akan bersikap mesra, dan jangan hairanlah jika sy tidak menegur dan berbual lagi dengannya. Sy akan menganggap hamba Allah itu tidak wujud di persekitaran sy atau dengan kata lain kewujudannya langsung tidak memberi apa2 makna kepada sy. Bagi sy, sapaan pertama rakan sekerja haruslah disambut dengan mesra kerana itu melambangkan pandangan pertama kita terhadap individu itu. Mengapa harus bersikap angkuh sedangkan kita menjalankan tugas di tempat yang sama, dan posisi yang sama? Lagi satu sikap manusia yang sy sangat pelik dan jelik ialah apabila kita melemparkan senyuman tetapi disambut dengan muka yang ketat!




Dan lagi, sy tidak suka dibandingi dan ditandingi. Sy adalah diri sy dan orang lain adalah orang lain. Setiap hamba Allah itu dilahirkan dengan sikap dan sifat yang berbeda-beda. Jadi, mengapa harus disama-samakan? Namun begitu, sy masih boleh memberikan kerjasama sebaiknya jika diperlukan dan sy rasa hasil kerja sy jauh lebih kemas dan teratur berbanding mereka di sana. Oops! Terlebih-lebih sudah~




Nah..

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT HARIBULAN



1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.




2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.




3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.




4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.




5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.




6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.




7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.




8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.




9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.




10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.




11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.




12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.





*16 Mei*




Selamat Hari Guru buat semua guru2 dan warga pendidik di seluruh Malaysia. Tidak dilupakan buat semua guru2 yang telah mengajar dan mendidik sy dari umur 6 tahun sehingga 17 tahun..berkat hasil tunjuk ajar serta didikan kalian sy juga kini bergelar seorang guru :) Terima kasih atas segala2nya..



SELAMAT HARI GURU..




*learning*








Sejak ada Baby TV (Channel 618), seronok juga layan dengan Hasif. Tak payah la nak beli cd / dvd untuk Hasif belajar. Karakter dalam tu pun semua chomel2. Memang sesuai untuk infant, babies & toddlers ^-^








*SELAMAT HARI IBU*

SELAMAT HARI IBU buat emak tersayang, Puan Norlizan binti Ishak dan emak mertua, Puan Azizah :) Juga SELAMAT HARI IBU buat diri sendiri yang telah secara rasminya menjadi ibu pada 2 September 2010. Ibu kepada Hasif Fahimi :)




Lagu ini untuk mak,



My Mother



Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
THANK YOU Allah
THANK YOU Allah
For my mother.






*solid food (II)*

Sejak umur Hasif 6 bulan, macam2 makanan Hasif dah rasa. Maksudnya makanan2 sampingan yang dimakan oleh orang dewasa. Tetapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak sehingga mengenyangkan dia. Setakat merasa hujung bibir dan lidah supaya dia mengenal rasa.

Makanan utama untuk mengenyangkan Hasif selain minum susu adalah bubur nasi. Biasanya sy akan masak 2 hari sekali. Sekali masak untuk 2 hari makan (4 atau 6 kali makan). Menu biasa yang sy masak :-

1. Bubur nasi + lobak + ubi kentang. Sy akan rebus kesemuanya sehingga empuk.

2. Bubur nasi + ayam + sayuran hijau. Sy akan siapkan bubur nasi dahulu, agak2 bubur nasi sudah kembang baru masukkan ayam dan sayuran hijau. Masak sehingga bubur nasi dan ayam menjadi kembang, lembut dan empuk.

3. Bubur nasi + lobak + sayuran hijau + epal. Sy akan kisar lobak, sayuran hijau dan epal terlebih dahulu. Kemudian masak bubur nasi, agak2 kembang baru masukkan semua bahan yang telah dikisar.





4. Bubur nasi + lobak + epal. Masak sehingga kembang dan empuk.

5. Bubur nasi + ikan bilis + lobak + ubi kentang. Masak, kemudian kisar kesemuanya.







6. Pisang dan epal. Stim, kemudian kisar atau lenyekkan. Kalau nak tambah rasa lemak manis, campurkan susu.


Banyak cara boleh buat. Terpulang kepada masing2. Sy buat cara yang paling mudah je. Kadang2 sy berikan Hasif nestum atau makanan baby yang terdapat di pasaran juga terutama sebagai breakfast atau makan malam. Bukan apa, sebagai variasi untuk Hasif. Namun, bukanlah dijadikan makanan utama. Ibu2 zaman moden dan bekerjaya sekarang dah boleh google macam2 jenis makanan untuk si manja tersayang. Terpulang kepada ibu2 untuk memberikan yang terbaik. Setiap ibu berlainan cara :)

:: Previous Entry - Solid Food (I) ::







*27 sudah*



Mama Cah Auni sponsor kek..aiyayayayyya!



Hari semalam (30 April) genap sudah umur sy 27 tahun. Esok (2 Mei) Hasif berumur 8 bulan :) Meraikan tu takde la..cuma semalam dalam perjalanan balik dari KL ke Temerloh, 'ter'melencong ke Bukit Tinggi. Ini semua idea abang sy la sebab dia yang drive. Kali terakhir sy ke Bukit Tinggi tahun 2004 juga dengan abang sy. Masa tu pun tak plan. Sy ingat lagi masa tu harga masuk RM8.00. Sekarang sudah naik RM12.00 T_T Terima kasih sebab kakak ipar belanja :)) Semalam agak ramai pengunjung. Kami hanya jalan2 makan angin, kemudian naik lagi pergi ke Japanese Tea Culture. Gigih dokong Hasif panjat bukit. Mengah! Kami pun tak makan apa2 kat sana sebab faham2 je lah harga nya. Mahal! Masing2 semua lapar haha! Last2 melantak KFC kat bandar Karak.






















Apa nak kata, bertolak dari KL pukul9.00 pagi tapi sampai rumah mak abah kul5.00 petang. Mak abah tak tau kami melencong ke Bukit Tinggi sampai mak dah nak merajuk tunggu cucu2nya tak sampai2 lagi. Kata bertolak pagi..huhu~ I'm sorryy.. (versi Amir RL) Sy plak tiba2 pening kepala yang amat sangat. Mungkin sebab lambat makan + period plak. Hasif terus jadi anak mak bila sampai Temerloh. Mak yang mandikan, mak yang bagi makan, basuh BO..semua mak..hehe~ Ma Hasif plak terbaring je sebab pening sangat sampai muntah. Baru ingat nak ajak mak abah makan steamboat malam tu.




Hari ni baru dapat mengadap pc..hehe.. (itupun dijeling suami :p) tapi tak dapat nak upload gambar sebab tak bawa kabel. Okaylah, pejam celik pejam celik..usia pun dah meningkat. Sedih tu takdelah sebab rasanya sama sahaja. Cuma sy harap di usia sebegini sy dapat lebih menikmati hidup bersama suami dan anak. Semoga sy dipanjangkan umur untuk sentiasa berada di sisi suami dan anak, semoga diberi kesihatan hati (jauhkan dari segala sifat mazmumah), mental dan fizikal dengan baik agar sy dapat melaksanakan dan menunaikan tanggung jawab sy sebagai hamba-Nya, isteri, ibu, anak dan guru dengan sempurna, semoga dipermudahkan segala urusan harian sy, diterangkan hati untuk menerima segala ilmu, dan semoga memperoleh rezeki yang berkat dan dilimpahi rahmat oleh-Nya..amin :)






..my sunshine :)