Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*selsema & batuk*







Sudah 5 hari Hasif selsema dan batuk. Memang penyakit kebiasaan bagi bayi atau kanak-kanak yang sedang membesar. Lagipun penyakit sebegini memang senang untuk berjangkit. Lepas tidurkan Hasif tadi, sy pun saje google2 tentang 'bayi & selsema'. Sy jumpa panduan dari Nurul.



Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.




Bila selsema, tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Praktikkan setiap kali anak selsema.



Batuk, tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.




Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.




Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.





Sumber : Nurul - Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Doktor turut pesan, jika anak demam pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.





Teringin bawa Hasif pergi bercuti ke Sabah.


















*filem bebas rokok?*




Sebelum kawen, sy tidak meletakkan kriteria bakal suami sy mestilah tidak merokok sebab abah pun seorang perokok. Tetapi sekarang, alhamdulillah sejak sudah bercucu abah pun sudah berhenti merokok. Suami sy seorang perokok. Memang merokok itu tidak baik (tak payah nak ulas panjang2 kan?)..setakat ini sy tidak kisah sebab dia tidak merokok di hadapan sy dan Hasif. Bila di rumah pun dia akan merokok di dapur atau di bilik air. Dahulu, bagi sy lelaki yang merokok itu melambangkan dirinya seorang 'lelaki'. Hendak merokok biarlah dengan cara dan gaya yang betul. Bukan cara atau gaya budak sekolah atau gaya mat rempit atau samseng jalanan. Merokok ikut dan sahaja. Bagi isteri2 yang suaminya tidak merokok tentu sukar untuk memahami situasi sebegini kan? Bagi sy pula, sy sudah terbiasa. Biarlah dia berhenti dengan kerelaan dan atas kesedaran dirinya sendiri :)



Isu sensitif bagi si perokok.






*9 months*



My Hasif is turning 9 months old today :) Compared to other babies (at his age), Hasif still cant sit properly without any support and falls over to one side if I'm not holding him. His wan said Hasif 'punggung tajam'. Plus, he didnt crawl and wont even push him self up yet..huhu..rolling and rolling over to both sides and moving in circles are his mastered skills.. But, I can see Hasif put all his energy into something else besides the physical. He's focusing on language skills. Babbling talk (anything double consonants), mumbling, and makes bubbling sound (brrrrrr) all the time. When we talk, Hasif mimics us.


At 9 months Hasif typically : reaches for toys or any things, drops objects and looks for them, interested in grabbing the spoon during feedings, picks things up, begins to identify self in a mirror's reflection, respond to own name, waves goodbye, 'salam', transfers object from hand to hand.


Oh ya! No teething symptoms yet..wiwiwiwi~



It's okay my handsome..mommy still proud of you! :))


Hmm..my Hasif just need more time to get it right than others :) xoxo









*jodoh tak panjang*

Sy dah batalkan akaun celcom broadband. Rebat RM10 dah habis untuk 6 bulan. Kalau tak batal, bulan depan kena start bayar RM98 tapi coverage 'edge' memanjang. Dah 4 bulan tanggung bayar bil tapi langsung tak dapat nak guna. Masanya sudah tiba..Bubbye celcom!


Sekarang sy di Temerloh. Seminggu stay kat sini. Bolehlah guna internet abah sementara berpeluang ni. Sambil2 tu boleh gak kemaskini blog. Tukar layout dan remove apa2 yang patut.


Serina mengandung lagi dan Tristan bakal dapat adik. Hasif bila lagi? :p Oopps!