Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*6 hari = Temerloh*


Sudah 2 hari berehat di rumah sendiri rumah mak abah di Temerloh. Bercuti sampai Ahad. Heaven! ..haha! Ye la balik je sini Hasif memang bawah jagaan mak. Teruk kan? ..haha! Takpela bukan selalu kan dapat berehat dan bersenang-lenang macam ni. Hasif pun sampai merajuk dengan ma dia, langsung tak nak. Nak berkepit dengan wan je. Ok fine! ..haha! Bagi peluang ma nak online. Ma dah lama sangat tak update blog. Haha! Babah pliss jangan jeling2 okay!


2 November ni Hasif sudah 1 tahun 2 bulan. Progress? Hasif sangat coooool. Berjalan sendiri? Belum. Hasif lebih ringan mulut berbanding pergerakan. Bangun tidur je terus tanya, "ba-bah ne..bab-bahh.." Bila mandi je.."ma-ma-ma-ma je-jukk dahh-dahh" Tengok Spongebob tangkap obor-obor, Hasif pun akan sebut "obo-bo-" Bila dia kacau kita baca paper, dia pun "aj-je-je" sambil tunjuk gigi bawah 2 batang tu.. Bila tumpahkan air, dia pun geleng2kan kepala sambil "ttakk-" Hasif lebih suka tengok talk show dan cerita2 kemasyarakatan berbanding kartun. Spongebob je yang dia layan. Tapi kalau iklan Lisa Surihani, amboii tak berkelip mata tengok. Pantang nampak iklan perempuan cantik. Kalau pergi mall pun pantang nampak perempuan cantik, dia punya toleh haaaa.. Gigi? 6 batang. Walaupun Hasif ni nampak cool, tapi dalam diam, dalam kita tak sedar tu rupanya ada 'pekerjaan' yang dia buat. Hasif sekarang agak manja. Bila tertinggi suara cket, bergenang air mata terus menangis kemudian merajuk dengan kita. Kalau dulu, bila kita buat2 marah dia akan gelak bukan main, tapi sekarang pantang ter'hepppp!' cket terus menangis seolah2 kita dah tak sayang dia. Ma saaaaaaayang Hasif tau. Hasif penyejuk jiwa ma. Bila tengok Hasif tidur, perasaan tu lagi kuat. Kadang2 ma rasa ma bukan emak yang baik, tapi ma tetap akan cuba dan terus mencuba :)



Thank you for loving me..xoxo~