Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.
Assalamualaikum..

Hari ke-41.



Alhamdulillah sy dan Hadif berada dalam keadaaan sihat.

Namun, ada satu perkara yang membuatkan sy rasa susah hati bila menjelangnya malam. Hadif sering menangis bermula jam 11.30 malam hingga jam 5.00 pagi. Banyak kemungkinan yang telah sy fikirkan, mungkinkah Hadif 'diganggu' atau lapar, atau tidak selesa kerana lampin basah kencing/berak, atau kembung perut, atau tidak selesa sebab panas/sejuk, atau digigit nyamuk, atau macam-macam lagi lah..namun segala-galanya telah sy pastikan dengan bantuan emak. Hadif tidak boleh dijangka, ada harinya dia akan tidur dengan lena semasa menyusu, atau ada harinya dia akan tidur lena dengan cara meniarap, atau ada harinya dia akan tidur lena di dalam buaian. Tetapi kebanyakan malamnya dia akan menangis. 

Namun selepas membaca artikel tulisan Dr. Hamid Arshat, sy berasa agak lega sedikit :) 

Sumber : Klik di sini.
BAYI YANG SELALU MENANGIS
Bayi  yang selalu menangis menimbulkan perasaan yang tidak senang kepada ibubapa terutama jika  tangisannya berterusan hingga beberapa jam atau berterusan di waktu jauh malam. Perasaan resah  selalu dirasai oleh ibubapa  kerana khuatir kalau - kalau  bayi mereka menghidap sesuatu penyakit.  Menangis ialah satu cara seseorang bayi itu menyatakan perasaan atau emosinya dan ibubapa mestilah cuba memahami sebab - sebab bayi mereka menangis supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil.
Ada orang yang mengatakan 'biarlah bayi itu menangis, elok untuk paru - parunya' atau ' biarlah bayi itu menangis, apabila dia letih dia akan berhenti dengan sendirinya'.  Anggap ini adalah tidak benar.  Seseorang ibu perlu mengetahui sebab - sebab bayinya menangis supaya dia lebih senang menghadapi keadaan ini dan memerlukan pertolongan atau nasihat daripada ibunya sendiri, wanita lain yang lebih berpengalaman atau daripada doktornya sendiri. Selalu terdapat bayi-bayi yang kerap menangis dan kurang tenteram jika ibunya berinteraksi dengannya dalam keadaan cemas, resah atau tergesa-gesa.    
Sebab-sebab bayi menangis
Adakah dia lapar ? Ini selalunya jelas bila waktu menyusu telah tiba dan bayi mungkin kelihatan mengisap jarinya. Dia akan berhenti menangis apabila disusukan. Jika bayi masih terus menangis mungkin lampinnya basah  dan dia berasa sejuk dan dia berasa panas hingga berpeluh. Bayi yang  tidak selesa atau berasa sakit akan juga menangis jika dia kurang sihat seperti sakit perut, atau menghidap demam virus yang menyebabkan hidungnya tersumbat. Bayi yang telah diberi suntikan pengimunan kadangkala sering menangis dan ubat yang biasa dibekalkan oleh doktor boleh mententeramkannya. Bayi mungkin kurang selesa akibat kulit yang sangat gatal. Ada juga didapati bayi yang selalu menangis apabila keletihan dan tidak dapat tidur karana terlalu lama dilayani oleh orang disekelilingnya. Ada juga terdapat bayi-bayi yang selalu menangis selama 10 atau minit setiap kali dia hendak tidur. Para ibu perlu mengenali kelakuan bayinya supaya mereka tidak mudah berasa cemas. Ibu yang berpengalaman boleh mengetahui dari tangisan bayi sama ada ia lapar atau dalam kesakitan.
  Satu keadaan yang biasa berlaku di kalangan bayi-bayi di bawah umur tiga bulan adalah dimana seseorang bayi itu asik menangis berjam-jam di waktu petang atau malam.  Walau apa jua yang dilakukan oleh ibu dia sukar ditenteramkan. Cerita yang biasa didengari ialah dimana seseorang ibu  mengatakan  yang anaknya selalu menangis dari jam 2.00 petang hingga  6.00 petang  atau dari  jam  6.00 petang hingga  10.00 malam. Bayi ini sukar ditenteramkan dan biasanya berhenti menangis setelah beberapa jam. Apabila sampai waktunya dia akan minum seperti biasa dan terus tidur. Kesihatan bayi ini biasanya tidak terjejas. Keadaan seperti ini mungkin berlaku sekali-sekala di kalangan separuh bayi tetapi ada bayi yang mengalami keadaan ini hampir setiap hari. Apabila diperiksa oleh doktor jelas kesihatan bayi adalah memuaskan dan ibu bapa dinasihatkan  supaya bersabar kerana keadaan ini biasanya berhenti dengan sendiri apabila usia bayi meningkat tiga bulan. Kadangkala doktor perlu memberikan ubat untuk mententeramkan bayi dari masa ke masa.
Kelakuan bayi berbeza di antara satu dengan yang lain. ada bayi -bayi yang diam sahaja jika dibiarkan dalam tempat tidurnya setiap masa. Ada pula bayi lain yang tidak boleh ditinggal bersendirian. Dia akan terus menangis dan hanya dapat ditenteramkan apabila didukung oleh ibunya.
 Memang ada juga terdapat bayi -bayi yang selalu menangis dengan tidak ada sebab -sebab yang jelas. Dia menangis setelah bangun dari tidur , menangis sebelum tidur dan menangis jika dibiarkan bersendirian. Jika dia selalu menangis hingga jauh malam tertentu ibunya akan berasa letih. Bayi seperti ini kadangkala boleh ditenteramkan dengan cara mendukungnya selalu , atau menidurannya di dalam buaian yang boleh dienjut -enjutkan. Membawanya naik kereta boleh juga ditenteramkannya. Ibu yang mengalami keadaan ini perlulah bertenang dan sokongan serta pertolongan dari suami dan saudara -mara boleh meredakan ketegangan emosi yang mungkin timbul dari masa kesemasa. Kadangkala dia perlu membincangkan perasaannya dengan doktor. Mungkin jika anak berkelakuan demikian ini ada kaitan dengan emosi ibu itu sendiri. Memang telah diakui bahawa cara ibu berinteraksi dengan bayinya boleh mempengaruhi gerak balas bayi dengannya. Ibu yang mangalami tekanan emosi , tergesa -gesa dalam melakukan tugas -tugas rumahnya dan berasa kurang yakin pada dirinya sebagai ibu selalu mendapati anaknya asyik menangis.
Selepas umur lima atau enam bulan bayi mungkin menangis kerana ketakutan. Dia mungkin menangis jika terpandang wajah orang yang tidak dikenalinya , atau dia terjaga ditempat yang asing baginya. Kadangkala terdapat juga bayi -bayi yang berumur lebih dari sembilan bulan menangis jika ibunya mendukung bayi orang lain.
 Seseorang bayi mungkin menangis jika dia tidak berpeluang mandapat barang mainan atau dia dibiarkan dengan lamanya. Dia menangis kerana berasa bosan. Jika dia sedang asyik bermain -main dengan sesuatu barang mainan dan barang mainan itu diambil daripadanya tentu dia akan menangis.
Kesimpulan
Ibu yang mendapati anaknya selalu menangis perlu memahami sebab -sebab yang boleh menimbulkan keadaan ini. Jika bukan kerana lapar , panas , sejuk , sakit atau letih sebab -sebab yang perlu difikirkan adalah :
1.Bayi memerlukan pelukan ibu.
2.Bayi mengalami keadaan yang biasa didapati dikalangan bayi dibawah umur 3 bulan dan keadaan ini selalunya berhenti selepas tiga bulan.
3.Perasaan negatif ibu sendiri yang mungkin menjadikannya kurang tenteram atau kurang yakin menjagabayinya.
 Cara -cara yang boleh dicuba untuk mententeramkan bayi
1.Bayi dibiarkan menghisap puting kalau ini dapat mententeramkannya. Perasaan tidak senanghati melihat bayi menghisap puting sering terdapat dikalangan ibu -ibu. Mereka khuatir kalau -kalaupertumbuhan gigi bayi akan terjejas. Ini dianggap tidak tepat oleh para doktor gigi dan pakar kanak -kanak . Tetapi membiarkan bayi menghisap puting yang dicelup dalam manisan tidak digalakan keranaini akan menimbulkan penyakit gigi dental caries.
2.Tidurkan bayi di atas buaian dan dihayun serta didodoikannya.
3.Ada setengah -setengah bayi yang boleh ditenteramkan jika dienjut -enjut di atas pangkuan ibu.   
4.Bawa bayi berjalan menaiki kereta. Bunyi kereta selalu mententeramkan bayi.




 Setiap hari ma tidur pukul 5 pagi..huhu~ Semoga Allah memberi sy kekuatan dan kesabaran sebagai seorang ibu.

*my little choco*

27 days young :)






*kelahiran kedua*

Hari yang ke-14.

Ingin sy kongsikan pengalaman melahirkan Hadif Farihin di Hospital Ampang. Semuanya berlaku agak pantas. Pada 17hb, sy sudah siapkan semua barang yang ingin dibawa ke hospital pada keesokan harinya kerana mengikut kata doktor, jika sy masih tiada rasa sakit sy perlu menyerah diri pada 18hb (39 minggu 6 hari) untuk dimasukkan ke wad. Alasannya sy ada GDM, sy perlu di'induce' untuk mempercepatkan proses.

17hb malam, sy pun mengajak suami makan malam di luar kerana memikirkan esok perlu ditahan wad. Hajat di hati mahu makan ketam masak telur asin di Restoran Pak Ya, tiada rezeki tutup plak. Tiba-tiba teringatkan jus alpukat kami terus menuju ke Ayam Penyet Wong Solo. Kemudian selesai menjamu selera, kami ke rumah mak (suami). Mak ada bagi air zam zam. Sebelum tidur sempat la sy minum seteguk sambil berhajat supaya sy tidak di'induce'. Biarlah sakitnya datang secara semulajadi.

Hendak dijadikan cerita lebih kurang pukul 4.45 pagi, sy ada rasa sakit perut. Sy buat tak tahu pejam mata cuba sambung tidur semula. Lebih kurang pukul 5.10 pagi, sy rasa macam ada air mengalir keluar. Sy terus bergegas ke tandas, memang betul jangkaan sy, sy sudah pecah ketuban. Sy tunggu sehingga air berhenti mengalir, cepat-cepat sy kejutkan suami. Sebelum ke hospital, sy sempat mandi bersihkan diri. Lebih kurang pukul 6.00 pagi kami tiba di hospital. Selesai pendaftaran, sy diarah masuk untuk diperiksa. Jalan sudah buka 5cm. Kontraksi selang 15 minit, sy masih boleh bertahan. Tepat pukul 7.00 pagi sy sudah berada dalam labour room. Kontraksi selang 1 minit. Ya Allah kali ini memang dah tak boleh tahan. Sy tanya nurse lama lagi ke? Sebab nurse ada bagitau sy kena tunggu doktor untuk periksa air ketuban. Sy cakap sy dah tak tahan. Bila kontraksi datang sy memang rasa mahu meneran. Kali pertama meneran terkejut nurse cakap dah nampak rambut baby. Sy pun apa lagi dengan sepenuh hati sy teran, alhamdulillah pada jam 7.18 pagi lahirlah putera kedua sy, Hadif Farihin.

Alhamdulillah, kelahiran kedua ini dipermudahkan oleh-Nya. Lega juga sebab sy dibius sebelum dijahit, tidak seperti ketika sy melahirkan Hasif sy dijahit mentah-mentah hidup-hidup, tidak dibius :(

*my Hadif*

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah selamat semuanya :)

Hadif Farihin bin Mohd Hafiz
2.98kg
Hospital Ampang
18 Oktober 2012
7.18pg
Normal


*salam syawal*

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


*pistol*

30 minggu. Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Dan 'pistol' nya sudah jelas kelihatan. Syukur.


*Hasif Fahimi*

1 tahun 10 bulan





*salam Ramadan*

Assalamualaikum..
Hari ni sudah masuk hari yang ke-9 semua umat Islam menunaikan ibadah puasa. Masih tidak terlambatkan untuk sy mengucapkan selamat berpuasa :)

Sudah lama sangat sy tidak menjenguk ke sini. Sibuk juga dan mood untuk berbelog semakin pudar. Tiada cerita menarik mahu dikongsikan.

Alhamdulillah..minggu ini kandungan sy sudah mencecah 28 minggu. Kondisi sy sihat walaupun sebenarnya sy sangat penat dengan tugasan mengajar murid di sesi petang terutama di bulan puasa. Sangat menguji mental dan fizikal.

Dan..insyaAllah mengikut perkiraan doktor, juga melalui imbasan kandungan, sy akan bersalin sekitar 19 atau 20 Oktober. Dan lagi..insyaAllah sy bakal melahirkan seorang lagi panglima.

Oh ya, kehamilan kali ini sy ada diabetis gestasi. Jadi selang 2 minggu sy diminta ke klinik untuk pemeriksaan paras gula dalam darah. Disebabkan bulan puasa ni sy agak penat dan malas untuk ke klinik, sy pun buat pemeriksaan sendiri di rumah. Sy memantau sendiri paras gula dalam darah sy. Lebih senang begitu daripada membuang masa menunggu di klinik. Lagipun bila pemeriksaan di klinik sy tidak boleh berpuasa katanya.


Hai! :) Dah lama sangat tak update blog. Badan pun alhamdulillah beransur baik. Tiada lagi muntah2. Lega sangat sebab faham2 je lah bila keadaan macam tu nak buat kerja rumah tambah lagi layan babah dan Hasif memang sangat2 terganggu dan tidak selesa. Bibik pun tak ada. Belum mampu lagi. Nak cerita tentang Hasif yang agak memilih dan susah nak makan terutama waktu pagi. Dah cuba macam2. Macam2 la sangat. Haha.. Google punya google kebanyakan resepi untuk budak sy dah cuba. Cuba buat eksperimen dulu dengan Hasif. Hasif kalau makan pun tak banyak mana. Setakat 5-6 suap je. Makanan orang dewasa pun Hasif tak makan banyak. Akhirnya sy jumpa resepi pasta. Kenapa tak terfikir selama ni kan?? Apa salahnya mencuba kan.. :)
Monthly check-up, done. Semua normal kecuali berat badan sedikit menurun dari 60kg -> 58.8kg. Masa sy mengandungkan Hasif dulu pun macam ni. Kurang selera makan pada peringkat awal 2-3 bulan pertama. Bila sudah menjangkau 4 bulan ke atas baru la ada selera untuk makan.

*my lil' angel*


posted from Bloggeroid

* :( *

9 minggu. Kali ni badan agak lemah dan sangat lemah. Awalnya nampak okay. Tapi bila masuk minggu ke 6 sy dah mula rasa lemah. Selera makan langsung tiada walaupun sy sebenarnya sangat sangat sangat lapar. Hilang mood untuk semua perkara. Deria bau juga terganggu. Semua jenis bau boleh buat sy rasa mual. Bau wangi salah apa lagi bau busuk. Bercinta bila sy mahu masuk ke bilik air. Semuanya buat sy rasa hilang mood. Rasa mual. Rasa loya yang teramat sangat. Bau kain baju sendiri pun buat sy rasa nak muntah. Pembawakan kali ni sy betul2 rasa lemah. Tiada tenaga. Hanya mampu bersabar dan berharap keadaan ini akan cepat2 berlalu supaya ianya tidak menjejaskan rutin harian dan kerja sy :((

2 sudah memadai.

*alhamdulillah*

Alhamdulillah..rezeki kami akan bertambah lagi..insyaAllah. Sy belum ke klinik, cuma test sendiri di rumah selepas period lewat 5 hari. Tup tup OMG ^^ Gerak hati pun sudah dapat merasakan ada sesuatu sebenarnya sebab badan mula rasa lain, dan emosi agak berubah-ubah. Sekarang ni kondisi okay cuma perut cramp semacam.



Hasif jangan nakal2 lagi tau!


*alhamdulillah*

*ayuh!*


Sudah di buka 19 Disember yang lalu walaupun belum sepenuhnya. Jadi bergembiralah orang Temerloh & Mentakab! ;-)



Wishlist : 1. Happiness 2. Happiness 3. Happiness




*year of the Dragon*







Happy New Year 2012 & Happy Chinese New Year. Year of the Dragon!!