Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*kelahiran kedua*

Hari yang ke-14.

Ingin sy kongsikan pengalaman melahirkan Hadif Farihin di Hospital Ampang. Semuanya berlaku agak pantas. Pada 17hb, sy sudah siapkan semua barang yang ingin dibawa ke hospital pada keesokan harinya kerana mengikut kata doktor, jika sy masih tiada rasa sakit sy perlu menyerah diri pada 18hb (39 minggu 6 hari) untuk dimasukkan ke wad. Alasannya sy ada GDM, sy perlu di'induce' untuk mempercepatkan proses.

17hb malam, sy pun mengajak suami makan malam di luar kerana memikirkan esok perlu ditahan wad. Hajat di hati mahu makan ketam masak telur asin di Restoran Pak Ya, tiada rezeki tutup plak. Tiba-tiba teringatkan jus alpukat kami terus menuju ke Ayam Penyet Wong Solo. Kemudian selesai menjamu selera, kami ke rumah mak (suami). Mak ada bagi air zam zam. Sebelum tidur sempat la sy minum seteguk sambil berhajat supaya sy tidak di'induce'. Biarlah sakitnya datang secara semulajadi.

Hendak dijadikan cerita lebih kurang pukul 4.45 pagi, sy ada rasa sakit perut. Sy buat tak tahu pejam mata cuba sambung tidur semula. Lebih kurang pukul 5.10 pagi, sy rasa macam ada air mengalir keluar. Sy terus bergegas ke tandas, memang betul jangkaan sy, sy sudah pecah ketuban. Sy tunggu sehingga air berhenti mengalir, cepat-cepat sy kejutkan suami. Sebelum ke hospital, sy sempat mandi bersihkan diri. Lebih kurang pukul 6.00 pagi kami tiba di hospital. Selesai pendaftaran, sy diarah masuk untuk diperiksa. Jalan sudah buka 5cm. Kontraksi selang 15 minit, sy masih boleh bertahan. Tepat pukul 7.00 pagi sy sudah berada dalam labour room. Kontraksi selang 1 minit. Ya Allah kali ini memang dah tak boleh tahan. Sy tanya nurse lama lagi ke? Sebab nurse ada bagitau sy kena tunggu doktor untuk periksa air ketuban. Sy cakap sy dah tak tahan. Bila kontraksi datang sy memang rasa mahu meneran. Kali pertama meneran terkejut nurse cakap dah nampak rambut baby. Sy pun apa lagi dengan sepenuh hati sy teran, alhamdulillah pada jam 7.18 pagi lahirlah putera kedua sy, Hadif Farihin.

Alhamdulillah, kelahiran kedua ini dipermudahkan oleh-Nya. Lega juga sebab sy dibius sebelum dijahit, tidak seperti ketika sy melahirkan Hasif sy dijahit mentah-mentah hidup-hidup, tidak dibius :(

1 comments:

~CN2S~ said...

salam. lama tak jengah sini. hasif dah ada adik rupanya. tahniah ya dan selamat berpantang...