Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*Hasif Fahimi*

1 tahun 10 bulan





*salam Ramadan*

Assalamualaikum..
Hari ni sudah masuk hari yang ke-9 semua umat Islam menunaikan ibadah puasa. Masih tidak terlambatkan untuk sy mengucapkan selamat berpuasa :)

Sudah lama sangat sy tidak menjenguk ke sini. Sibuk juga dan mood untuk berbelog semakin pudar. Tiada cerita menarik mahu dikongsikan.

Alhamdulillah..minggu ini kandungan sy sudah mencecah 28 minggu. Kondisi sy sihat walaupun sebenarnya sy sangat penat dengan tugasan mengajar murid di sesi petang terutama di bulan puasa. Sangat menguji mental dan fizikal.

Dan..insyaAllah mengikut perkiraan doktor, juga melalui imbasan kandungan, sy akan bersalin sekitar 19 atau 20 Oktober. Dan lagi..insyaAllah sy bakal melahirkan seorang lagi panglima.

Oh ya, kehamilan kali ini sy ada diabetis gestasi. Jadi selang 2 minggu sy diminta ke klinik untuk pemeriksaan paras gula dalam darah. Disebabkan bulan puasa ni sy agak penat dan malas untuk ke klinik, sy pun buat pemeriksaan sendiri di rumah. Sy memantau sendiri paras gula dalam darah sy. Lebih senang begitu daripada membuang masa menunggu di klinik. Lagipun bila pemeriksaan di klinik sy tidak boleh berpuasa katanya.