Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

#throwback #2013

#THROWBACK #2013

 Bermulanya percutian pertama kami di Port Dickson, kami jadikan aktiviti percutian penginapan sebagai aktiviti rasmi keluarga setiap tahun. WAJIB! Sekadar bercuti, berehat, melayan anak-anak dan BREAKFAST! Yaiyy! Kami tak plan beria untuk bercuti. Hari Jumaat atau Sabtu terus jom! Mana-mana tempat yang available kami terjah je :)) Cuma bila school holidays je kami akan plan untuk menginap di luar kawasan.


GRAND LEXIS, PORT DICKSON. 


PHILEA RESORT & SPA, MELAKA. 
Servis terbaik!


Dulu, BEST WESTERN HOTEL. Sekarang nama baru PRIMALAND RESORT, PORT DICKSON. 


DE LA FERNS HOTEL, CAMERON HIGHLANDS. 
Persekitaran yang nyaman dan hotel yang sangat bersih! Sah-sah la nyaman sebab di Cameron Highlands kan? huhu~


RENAISSANCE HOTEL, JOHOR BAHRU.
Breakfast sangat sedap! Servis terbaik. 


AVILION ADMIRAL COVE, PORT DICKSON.
Tempat yang cantik untuk bergambar. Servis sedang-sedang.


THE EVERLY HOTEL, PUTRAJAYA.
Breakfast kurang menyengat. Choice pun tak banyak.


TOK AMAN BALI BEACH RESORT, KELANTAN. 
Sangat santai dan rilex! Tapi sayang, kurang penjagaan. Yang bestnya breakfast ada ubi keladi & keledek. Makan dengan madu. Perghhh..sedap wei!


HOTEL SINGGAHSANA, PETALING JAYA. 
Mengimbau kenangan kami kali pertama temuduga GREEN PROGRAMME di sini. 
Hotel yang suram.
Telah ditutup. 


GRAND HYATT, KUALA LUMPUR.
Celebrate birthday babah. Terbaik sebab babah belanja! Haha..just kidding. Serius terbaik!


 


Selamat Hari Jadi Hasif Fahimi

2 September 2014


Hasif is turning 4. Yaiyy!!




 Doa ma sentiasa bersama Hasif. Mendoakan semua yang terbaik.