Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

..bertabahlah emak..

Ketika ini ada ujian berat buat keluarga sy..terutama buat emak. Setelah berbulan-bulan emak menghidap, akhirnya kami akur. Emak menghidap kencing manis dan kemuncaknya kaki emak terpaksa dipotong juga. Kami sudah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan kaki emak, namun kata doktor saluran darah emak terlalu sempit dan mengakibatkan kerosakan saraf pada bahagian kaki. Sedih..memang sedih..tetapi kalau itu yang terbaik untuk emak, kami redha. Sy sangat berharap emak kuat dan tabah. Sy hanya mahukan emak sihat. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri emak juga. Semoga semua urusan dipermudahkan hendakNya. 


Kaki emak yang tidak dapat diselamatkan lagi.


Emak, sy bernafas kerana emak. Sy sentiasa dalam keadaan baik juga kerana doa emak. Sy tidak mahu banyak, cukuplah emak sihat dan dipermudahkan segala-galanya. 

Ya Allah, 
Kasihanilah emak sebagaimana emak mengasihani sy ketika sy masih dalam jagaannya. 
Amin.


 Sy satu-satunya anak perempuan emak dan emak satu-satunya emak sy.